Selang Seminggu

Kalau seminggu yang lalu, lahirlah insan yang bernama timangan cik selatan, tapi minggu ni dan hari ini, teman baik aku plak yang menyambut kelahiran ke 23 tahun iaitu Cik Lia. Kalau tak sambut macam tak kena pulak. Cik Lia macam dah tau2 je kita nak celebrate dia, bila ajak kuar makan, siap tanya nak pakai cantik-cantik ke tak? hahaha. Tasik Cempaka menjadi lokasi kami dengan bertemankan lampu hadapan kereta, betul-betul menganggu penglihatanku. Tapi celebrate tu dibuat awal pada 28hb kira-kira pukul 11pm atas sebab masing-masing ada hal. Aku ada exam, konon2 nak study... tapi balik kolej terus tido...nasib baik paper aku kul 3.30pm. Adalah masa aku nak study sikit. Cik Amy kita pulak dengan alasan nak balik kampung halaman. Yelah membawa hati yang luka... (baca post dibawah). Apa-apa pun Cik Selatan nak wish kat Cik Lia, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Tak lupa jugak orang-orang yang menyertai kami malam tadi Mira (roomate Cik Lia), Mr M yang menaja mkanan kami iaitu Dominos Pizza dan kek, Mr K yang sudi memeriahkan majlis kami. Terima kasih semua...

Cik selatan bersama bufday gurlz (Cik Lia)

Penglipurlara: Baru first time Cik Selatan makan Dominos Pizza

0 Pot Pet: