Labor Day



Tamat bulan empat disusuli dengan bulan 5 dan permulaan tarikh yang ditunggu2 kan oleh orang2 yang bergelar pekerja. Kalau dulu aku teruskan bekerja sudah tentu aku nantikan tarikh ni gak.
Hari ini merupakan ‘Hari Pekerja’. Sudah pasti ramai yang bercuti dan pasti ramai yang bersiap sedia dengan aktiviti masing2. Kepada semua rakyat yang bercuti ‘ Selamat Bercuti’.. Manakala yang bekerja, tahniah dapat ‘Overtime ‘ tak dapat overtime jangan sedih kerana anda masih mempunyai kerja.. Yang bekerja sendiri, teruskan usaha anda mencari duit ..Suri rumahtangga dan ayah rumahtangga, selamat menjalankan kerja yang mulia..
Kenapa ye diadakan ‘Hari Pekerja’ ni? Adakah ianya semata-mata cuti? Aku sendiri tidak tahu apakah motifnya hari pekerja ini. Mungkin ianya diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada tenaga kerja. Mungkin hari ini patut dinilai oleh setiap anggota kerja sejauh mana sumbangan kamu kamu kepada negara. Adakah kamu kamu telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin? Entahlah kamu kamu pikirlah sendiri...Jadi aku ingin mengucapkan ‘ Selamat Hari Pekerja’.. Kepada yang tak bekerja tu cuba-cubalah mencari kerja.. Sekian..
Penglipurlara : Pelajar sambut hari Terbuka... Mak abah datang sekolah amik report card...

0 Pot Pet: