CuiT-CuiT BowLinG

2 Pot Pet
09 Oktober 2009
8.04 am


Pada 3hb oktober 2009 yang lepas telah berlangsungnya simulasi bowling yang bertempat di Sri Petaling. Untuk semester ini, kelas bowling terdiri daripada 2 set. yang masing2 terdiri dari 25 orang pelajar. Didalam kelas bowling, pengajaran lebih kepada skill untuk membaling. Terdapat praktikal dan teori. Untuk ari sabtu yang lepas, berlangsungnya simulasi iaitu tournament antara set. Set 1 tidak dapat disangkal lagi atas kehebatannya didalam tournament yang dapat mengalahkan set 2. hahahah... Lect bagi set 1 iaitu miss Choi Poh Lai iaitu pemain bowling negara yang sebaris Shazlin Zulkifli, manakala set 2 iaitu.......lupa plak nama sebenar tapi orang panggil dia "abg shah". Terasa sedih bila semester depan, miss tak dapat bersama kami, kerana beliau ingin membuat persediaan untuk tournament negara pada tahun depan. Dibawah ini, gambar-gambar sepanjang simulasi tersebut.
Kumpulan 1
Kumpulan 2

Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Aisam tolong angkut hamper aku...
Main group boleh lah aisam, jom lah kita lawan individu

Budak2 set 1 yang happy good lucky
Tak boleh bla.. lah iez ni, junjung hamper tuee... kita tunjuk sikit kat set 2

Kami antara student FEP
yuyu : tolong ambilkan gambar
Ini semua kami yang punya....

TaKE nOtE

0 Pot Pet
07 Oktober 2009

11.58 pm





Ni lah hasilnya masa aku kat kelas statistik tadi...







aDiK Ku ZaHId

0 Pot Pet






07 Oktober 2009
7.18 am

Seramai 475,182 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan menduduki peperiksaan itu di seluruh negara mulai hari ini. Untuk tahun ni, seorang ahli keluarga cik selatan iaitu adik kandung cik selatan akan menduduki peperiksaan tersebut. Namanya Mohamad Zahid Bin Anis, aku lebih senang memanggilnya dengan nama manjanya, hehehhe (ayet). Dia ni memang bercita2 tinggi mengalahkan kakaknya. Ketinggian pun dah melebihi kakaknya. Dia ni lebih kurang anak emas mak abah lah kot, aku pun boleh naik jeles. Semalam aku dah call ayet, tanyakan perkembangan dan persiapan untuk nya menghadapi peperiksaan esok hari. Alhamdulillah, semua nya dah sedia. Pagi tadi kul 6.15 am ni, aku dpat mesg dari abah, katanya.

abah : Ari ni ayet peksa, ucapkanlah kat dia apa2, kata2 perangsang. Dah bangun ke belum?



Alamak....aku masih merasai empuk nya tilam ni, rasa macam nak sambung tido jerk, bila aku bangun dan duduk, maksudnya aku dah bangun lah kan.. hehehhe.. baru aku reply mesg abah.


aku : dah bangun dah! ok, nanti GG anta mesg kat ayet.

Untuk adik cik selatan... selamat menjawab peperiksaan dengan tenang, kakak doakan ayet berjaya dalam peperiksaan dan dapat apa yang diingin dicapai.

tiMe's uPPPPP!!!

1 Pot Pet
6 Oktober 2009
3.54 am


Time's UPPPPP!!!!!
stop NOR AZIMAH,
do ur homework + asgmnt + projek.
stop berfacebooking dan berblogging.
continue ur asgmnt.
make sure this night,
u must finished
1 asgmnt presentation biss com,
product developed.

asGmnT oHHHHHH asGmnT

0 Pot Pet
06 oktober 2009
3.17 am

asgmnt ohHHHH asgmnt... ni lah dikatakan budak sekolah... kalau dah keje tak ada lah asgmnt. aku bagaikan terima seguni asgmnt yang baru sampai depan bilik aku ni.... kebanyakan asgmnt dapat sebelum raya lagi... naik raya pun ditambah lagi asgmnt+projek+toturial. asgmnt tu semua bagaikan dikumpul2 dan dimasukkan dlam guni yang perlu aku selesaikan dalam masa 2 minggu lagi. lepas 2 minggu tu dah mula study week. 26 dah start exam...

International Business : Projek International Indstry + Kuiz
Business Comm : Projek company TNB + presentation own product + Kuiz
Managerial Accounting : Toturial
Information System : Asgmnt grouping
KOKE (bowling) : Presentation + Ujian psikomotor




GOOD LUCK for me !!!

SaKiT pEruT

0 Pot Pet
06 Oktober 2009

2.41 am



dah pagi dah...

aku masih terkebil2 kat depan laptop siapkan asgmnt biz comm

tambah ngn perut aku tengah sakit...

aku sebenarnya dari pagi tadi sakit perut..

kenapa sampai sekarang tak bek2 lagi...

tak boleh lupa lah, pagi tadi bangun tido jerk perut aku rasa krem...

sakit sangt...

nak jalan pun tak boleh...

aku melangkah ke toilet dengan perlahan2.

nak kata malam tadi aku tak makan, aku mkan sebelum tido lagi.

2 3 kali trip lah jugak aku masuk kuar toilet, tapi tak ada apa2 kesan untuk pulih pun...

sungguh letih badan...

pastu dah ok...masuk tengahari aku makan kat bilik sue sebab siapkan asgmnt..

dah makan pun, sakit mula datng semula, ishhh apa salah ke aku mkan ni...

walaupun sakit, aku tahan jerk, tapi masa tu sakit perut aku tu kat tempat lain plak...

kul 4 kelas seperti biasa... kul 7 ptg sampai bilik semula...

rasa perut macam kosong sangt,

macam aku tak makn 3 hari, siap bunyi keroncng lagi...

sampai je terus g cafe, ingat nak p beli makanan siap2,

but ramai sangt kat cafe.. malas tunggu.

aku terus balik bilik... malam2 sikit lah turun cafe.

sebelum magrib lagi, sakit perut muncul lagi dengan tiba2

dan berselingan ngn bunyi keroncong.

3 kali aku sakit perut, 3 tempat yang berbeza. aku pun pelik dan heran...

lepas isyak, aku turun ngn rumate g cafe...

sebelum tu memang dah sakit, pas makan pun tambah lagi sakit...

tak makan sakit, makan lagi lah tambah sakit...

lepas makan aku terus balik bilik, rasanya kalau dapat katil, rasa lega sangt.

dah tak tahan ni...

sampai bilik, aku terus baring then aku terus terlelap.

kul 1.3 am aku tersedar.

sakit sudah berkurangan walaupun masih

berbaki lagi sisa2 sakit perut ku yang teramat tadi.

bukan sekali 2 aku alami,

tapi boleh dikataakan 4 5 6 kali...

huhuhuhu

Mak

0 Pot Pet
6 Oktober 2009
2.30 am

MAKKKKKKKKK..... lamanya tak panggil kan panggilan ni... rindu sangt!!!
urmmm semalam, 5 oktober 2009 adalah genap 2 bulan mak pergi... lepas magrib aku sedekah kan fatihah dan surah yasin...

bLuR...

0 Pot Pet
2 Oktober 2009
7.25 am




"Semoga termakbul la doa awk mencari lelaki idaman awak, sy sah2 la tak dpt, ye lah perangai mcm jembalang btul tak, terasa perkataan jembalang 2 ditujukan khas untuk saya"




Aku blur pepagi ni bila dapat mesg yang berbunyi seperti diatas, hnya no yang tertera kat phone aku, memang aku tak nak save pun no dia.. dia ni mamai kot pagi2. tetiba jerk anta mcam ni.. tapi aku memang tak nak berhubung ngn orang ni lagi... pergilah jauh2.. jgn ganggu aku lagi. dia yang cakap diri dia jembalang, then rasa sendiri ditujukan untuk dirinya sendiri, memang patut lah kan!










vErSi BaRu

2 Pot Pet
01 OKTOBER 2009

10.38 PM




Tiada yang lain yang ku cinta

Hanyalah padamu

Tiada yang lain yang ku rindu

Hanyalah dirimu

Dikaulah permata yang bersinar

Di kala ku kesepian




Inilah antara bait2 lagu Nyanyian Rindu Buat Kekasih by Data yang meniti dibibirku ketika ini, malam ni tetiba aku layan lagu lama2 rock kapak dengan mimi. Rindu kat dY kot... Amy dah tido kat katil mira, penat seharian buat asgmnt, kitaorg buat gak amy, hahaha. Aku layan lagu2 lama sambil berfacebooking kat bilik lia time ni, almaklumlah, dah jadi CC plak bilik lia ni, kalau nak cari surau dan dewan makan kat bilik mimi.. sebab bilik mimi besar sikit tapi macam tongkang pecah.. maaflah mimi, kalau mimi baca post ni... terngumpat sikit about ur room, hehehe. but better pihak pengurusan zaba bagi mimi dan ekin bilik kecik, tak lah bersepah sangt. TAk pe mimi, pas makan tadi, kan gg dah tolong kemas sikit, terbising plak mulut ni tadi... Rasa bosan time ni, tapi sebenarnya ada projek tak siap lagi... Lia g meeting untuk kelas KOKE. Apa yang aku nak citer sebenarnya, apa yang berlaku petang tadi... lepas kelas Business Communication, kitaorg semua teringat yang projek akaun mengenai prestasi bagi syarikat LHDNM kena hantar esok... aduhai part aku tak siap dan tak sentuh langsung pun, biasalah galak beraya sakan sampai tak hinggat projek. Time kitaorg ngah buat dan berkumpul kat bilik lia, datang lah merangkap ketua kumpulan kami kat bilik lia, hahahahah. semua kecut perut sebab semua tak siap lagi, dari kul 2 lebih sampai kul 7 baru siap untuk 1 projek. Dalam tempoh projek itu disiapkan, semua tekun buat part masing-masing. Amy, mimi dan aku mulai menguap 2 3 kali, nampak sangt ngntuk time ni... rasa nak tido kejap, tapi ketua kumpulan ngh memerhatikan kami sambil siapkan part dia. Tak jadi nak curi2 tido. Ada yang tido disebalik laptop iaitu mimi. Tetapi disergah, tak jadi dia nak tido. Semua ahli kumpulan ada time tu, aku, mimi, amy, lia, sue dan ketua kumpulan kami... sungguh garang dia time ni... semua macam ayam berak kapur siapkan projek, sue pun baru datang lepas habis kelas tadi. hahaha... penuh bilik lia time tu, dah jadi CC. Keadaan sunyi sepi bilik time tu, aku apalagi pasang lagu rock kapak layan lagu2 lama. baru semangt sikit nak buat keje. Pukul 6.50 ptg ketua kump kami dah bergerak ansur untuk pulang.. peh lega sikit rasa nak menegang2 kan kaki dan urat2 yang sekian lama tersimpul.




Ari ni lia puasa, katanya puasa 6... alhamdullilah. Aku pulak bila lagi? insyallah akan datang... lia nak turun cafe, aku sempat lagi kirim kat dia tolong belikan kuew tiaw kung fu... berkungfu lah aku pas ni... malam ni aku tido kat bilik lia, rasa malas plak nak balik bilik. k lah tu je yang aku nak citer untk post kali ni.




Presentation

0 Pot Pet
1 Oktober 2009
9.34 am
Hari ini adalah permulaan dalam bulan Oktober. Terasa cepat sangt masa berlalu.
Apa yang aku nak kongsikan dalm blog kali ini adalah "Presentation" untuk kelas Business Communication. Ketika ini, aku dalam kelas Bis Com dan sedang berlangsungnya presentation pelajar2 untuk kelas SET 2. Memandangkan giliran aku next week, aku just jadi pemerhati dari jauh je huhuh, selain tu sempat lagi aku YM ngn dY. Presentation tersebut berkaitan produk yang kita develope sendiri. Good Luck for me next week!