Dia Mencari Bahagia

0 Pot Pet
30 september 2009

7.41 am


BAHAGIA? Melalui definasi, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati. Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.




Setelah aku menghabiskan perbualan dengan dia melalui phone, terus aku menekup tanganku dimuka menandakan aku bersedih atas pertanyaannya untuk dia mencari kebahgiaannya sendiri. Kenapa mudah kau lafazkan pada ku, walhal aku terlalu berat untuk menerimanya.




Semalam adalah kali kedua aku memerlukan dy waktu ni, aku tak dapat nak tahan sebak dan tanggung perasaan yang tersirat, sungguh berat untuk aku lafazkan, tapi dy tak angkat phone, maybe ada masalah kot, dia pun banyak masalah, aku makin nak tambah masalah kat kepala dia. Aku tak tau pada sape aku nak luahkan. Terlalu berat untuk aku lepaskan, akhirnya aku terus mengambil keputusan untuk masuk tido semoga apa yang aku fikir, rasa, tanggung boleh membuatkan aku lupa untuk seketika waktu. Esok pagi je lah aku luahkan pada teman setia ku (my blog).




Suatu malam ketika dalam perjalanan kesuatu tempat, didalam kereta aku duduk berdua ngn kau dan bertemankan lagu "Mahligai kebahagiaan by Brothers", kau memberitahuku kau nak mencari kebahagiaan kau sendiri, aku fikir ia sekadar gurauan sebelum ini, tetapi kini aku lihat diwajahnya, kau memang betul2 serius. Aku terkedu dan lidahku kelu untuk berkata. Aku tak sangka, kau terlalu kuat untuk memberitahuku atas niat nya itu setelah apa yang berlaku keatas aku dan kau. Tapi bagi aku, hati dan jiwa aku menangis atas kebahagiaan yang kau cari. Tanpa ku sedar, air mata ku mengalir dan cepat-cepat aku kesat untuk mengelakkan kau nampak aku sedang menangisi atas permintaan kau itu.




Kenapa dengan aku ni? Setiap kali berbicara mengenai sesuatu topik tersebut, pasti aku sebak. Adakah aku mementingkan diri sendiri dan menghalang dia mencari bahagianya sendiri. Adakah aku sahaja yang boleh mengapai bahagia? Aku tak boleh mementingkan diri sendiri. Dia juga perlukan kebahagiaan, setelah kebahagiaan kau dan aku musnah tiba-tiba. Kenapa terlalu cepat kau mencari kebahagian yang lain, bagaimana dengan aku? Adakah jika kau sudah jumpa dengan kebahagiaan kau, kau akan lupakan aku. Aku tak nak kehilangan kau.




Aku capai phone dan menghantar sms kepada nya,




aku : tengah buat apa?


kau : baru lepas call !@#$%#%


aku : siapa !@#$%#%?


kau : kawan aku lah yang aku cakap kat kau masa tu?


aku : ohh jadi macamana sekarang?


kau : aku kawan2 je dulu tu je. aku pun belum nampak macamana org nya, budi bahasanya.


aku : ikut kau lah, kalau sebut pasal ni, buat aku rasa sebak lah.




Setelah mesg aku terakhir, terus dia call aku dan menerangkan perkara sebenar. Ketika berborak, aku bersandirawa dengan diriku sendiri, seolah2 aku bahagia melihat kau juga mencari kebahagiaan masing2.




Kini....aku hanya mampu mendoakan kau akan jumpa sebenar2 kebahagiaan yang kau cari, dan aku berdoa kau tidak akan melupakan aku untuk selamanya. Ikatan silaturrahim antaara kita jgn penah putus, insyallah.


GooD bOY

0 Pot Pet
29 september 2009
12.59 pm
Ini anak buah my yang pertama
Mohamad Izzul A'kif bin Mohd Ifthitah

loVeLy FrIEnDs

0 Pot Pet
28 September 2009
6.58 pm

dari kiri : Lia, Amy, Mimi, saya




khas untuk kawan2 kesayanganku.

Keluarga angkat

0 Pot Pet
28 sept 2009
6.07pm


Tepat jam kul 1pm tadi aku baru sampai UKM, banyak bekalan kuih raya aku bawa dari JB. Pagi tadi aku bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi memandangkan abah masuk keje kul 7 terpaksa masuk office lambat sikit gara2 hantar aku ke sedenak iaitu felda bukit batu iaitu rumah mimi untuk pulang bersama2 keUKM menaiki kereta. Setibanya awal dirumahnya, aku salam pakcik, makcik dan kami berpelukan, memandangkan kami akan bertolak pada pukul 9.30 pagi , aku lepak2 lah kat dapur umah mimi bersama maknya sedang sibuk menyiapkan sarapan. Happy sangt waktu ni, seolah-olah aku menghadapi situasi ketika ibu ku masih ada. Kami borak banyak perkara, mimi sibuk memotong kek untuk dibawa pulang ke UKM. Ketika kami berborak, tetiba makcik suruh aku memanggilnya "mak".


"Panggil "MAK" je GG, makcik tak kisah. Jadi anak angkat makcik pun tak pe!" ibu mimi berkata


Semenjak aku masuk UKM, aku kerap datang ke rumahnya. Pada mulanya, aku ingatkan ia sekadar gurauan, tetapi makcik sentiasa ulang pernyataan diatas, untuk memanggilnya mak. Pada hari pengebumian arwah mak pun, makcik sekeluarga tetap datang dan memberi kata semangat kepada ku dan adik2. Makcik memang baik ngn aku, tadi pun beliau bawakan aku bekalan nasi lemak. Sampai ukm je, nasi lemak menjadi santpan pertama ku. Tidak terlintas dibenak ku untuk memanggil panggilan mak lagi selepas kematian ibuku. setiap perbualan kami, makcik sudah membiasakan panggilan mak, tapi aku......... kenapa masih berat untuk aku ucapkan panggilan "mak". Layakkah untuk aku memanggil "mak".

Saya hipokrit

2 Pot Pet
16 septermber 2009
8.21 pm

Setiap masa, detik, saat aku menantikan sesuatu yang boleh buat aku sentiasa gembira, tersenyum dan aku tak nak hidup dalam kepuraan2 disebalik senyuman yang terukir. Sekarang ni, my blog adalah tempat yang boleh buat aku rasa tenang, dialah sahabat, teman. Disini lah tempat aku luahkan gembira, sedih, geram dan sebagainya. Yang pergi tetap pergi, tapi kenapa aku masih tidak dapat menerima hakikat atas perginya insan tersayang. Aku cuba gembira, tersenyum, gelak ketawa, gurau senda bersama teman2 tapi bila aku bersendirian aku seperti insan yang khilaf atas ketentuan allah.

Aku hipokrit, hipokrit, hipokrit………semua kesedihan aku cuba selindungkan dengan setiap tawaku, setiap senyumanku. Sebenarnya aku tak mampu hidup tanpa mu ibu dan aku sedang merinduinya, yang sebulan lebih telah meninggalkan kami sekeluarga. Mengajar kami hidup berdikari. Sebelum kelas bermula, tetiba aku teringat kat adik2 dan abah kat rumah, apalah diaorg tengah buat..aku cari telepon bimbit ku didalam beg, aku menekan keypad dan mencari nama “Abahku” di list contact.

Assalamualaikum, abah tengah buat apa?

Waalaikumusalam, abah tengah keje! Kejap lagi abah balik, nanti telefon balik yer?

Ok lah tak pe, abah buat keje dulu.

Segera aku memutuskan talian, takut menganggu abahku sedang bekerja. Apa adik2 ku sedang buat waktu ni kat rumah ? adakah sudah pulang dari sekolah atau belum.. Aku segera mendail nama adik ku “Zahid”. Kami makin galak cerita yang berlaku baru2 ni kat rumah. Biasalah abah baru sebulan lebih kehilangan isteri tercinta, jadi tugasan harian dirumah seperti memasak menjadi sukar dan kelam kabut tambah lagi tugasan kerja dipejabat. Adik ku yang no 3 iaitu zahir katanya kena marah dengan abah 2 hari yang lepas gara2 dia bawak kereta abah sampai tak sedar minyak kereta memang betul2 habis. Pada satu pagi, abah dan zahid nak pergi mengisi minyak tapi tak sampai pun kat stesen minyak. Kereta sudah kehabisan minyak ditengah jalan.. Balik2 memang habis2 lah abah marah zahir. Biasalah budak ngah excited boleh bawak kete.Apa lah nak jadi ni zahir… cuba dengar nasihat abah tu, Cuma nasihat abah je yang boleh kita dengar, mak tak boleh bagi nasihat lagi kat kita… sebelum akhir hayat mak, kita semua dah terima cukup banyak nasihatnya. Kakak harap ayen berubah lah suatu hari. Bangga kan abah, jangan nak buat abah marah jerk.

Aku memang seseorang yang menpunyai jiwa yang mudah tersentuh, aku sayangkan keluargaku. Tapi tak semua keindahan dalam keluarga yang kita miliki kekal . Tak pe lah abah, kalau gg balik nanti rumah nanti kuranglah beban abah sikit.

Ehmm esok aku balik ke JB. Sedar tak sedar dah nak habis plak puasa ni. Bermakna 2 3 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Kenapa tahun ni tak seceria seperti tahun sebelum ni. Segala persiapan aku tak ambil endah seperti aku ingin mengelak dari membicara tentang persiapan hari raya bila teman2 ku mengajukan soalan berkaitan persiapan hari raya. Tidak inginkah aku menemui bulan syawal yang sentiasa umat islam nanti kan setelah sebulan berpuasa. Tidak inginkah aku memakai baju baru dipagi raya sepasang dengan ibuku. Tak inginkah aku mebuat kuih raya bersama ibuku. Bukan tak ingin tu semua, tetapi aku rasa sayu semua tu tak mungkin berulang lagi pada kali ini dan seterusnya.

“Mak, tunggu ye, pagi raya adik, abah, adik2, abg ip dan along datang melawat mak sambil membawa air bunga mawar dan membawakan bekalan rendang dan ketupat yang sebenarnya surah yasin untuk mak. Mak nak tau tak tahun ni kalau mak masih dipanjangkan umur merupakan tahun pertama mak beraya ngn menantu dan cucu mak." kata hatiku…

Inilah yang membuatkan aku menyembunyikan kesedihan disebalik senyumanku. Inilah yang membuatkan aku menyembunyikan disebalik gelak tawaku. Inilah sebenarnya. Seperti aku takut untuk menghadapai bulan syawal . Cekalkah aku? Tabahkah aku? Kuatkah aku? mengahadapi dipagi raya. Aku takut aku tak dapat mangawal kesedihan… Isyallah aku cuba jadi kuat bukannya hipokrit.

Cinderella + Permaj + McD + Farm Ville

0 Pot Pet
15 september 2009
11.57 pm
Jam menandakan 11.30 mlm, lagi setenggah jam pasti cinderella akan pulang dan akan bertukar pakaiannya menjadi sediakala buruk, dan kasut cinderella akan tertanggal dipertengahan jalan ketika cinderella berlari2 ke kenderaannya untuk pulang. Begitulah antara cerita yang aku baca ketika aku masih kecil. Begitu juga aku, setibanya aku sampai dikolej zaba, aku terus memarking kan motor ditempat kebiasaannya aku parking . Aku lihat jam di pergelangan tangan yang berjenama QnQ menandakan tepat 11.30 mlm. Kemanakah aku pergi? Sebenarnya aku balik dari meeting PERMAJ yang merupakan meeting pertama untuk program seterusnya dibawah seketeriat sukan dan rekreasi, dimana ketua pengarah dipegang oleh Muhammad Hadi Zabidi Bin Rosli. Yang akan dijalankan pada 16 hingga 18 Oktober 2009. Program tersebut adalan Program Rekreasi Ekstrem di Jeram Besu, Raub, Pahang. Kali ini aku memegang seketeriat publisiti dan partner aku Ahmad Fahmi, tugas aku adalah untuk menarik juniour menyertai program ini dan menyediakan banner dan poster juga.Peserta dari universiti UM dan USM juga di pelawa. Segala perancangan dan cadangan diusulkan kepada ketua pengarah...Meeting tamat jam 11.15mlm. Tiba2 keadaan bertukar menjadi senyap dan lampu dimatikan... what happen? lagu bufday dinyayikan dan datanglah seorang exco datang membawa kek. Ohhh rupanya, bufday mubin, sue dan hafiz rais... Happy bufday untuk korang... semoga panjang umur dan berjaya dalam bidang yang diceburi. telur dan tepung menjadi gurauan mereka semua, aku tak masuk port. dok jauh2...
12.15 mlm
ketika ini aku sudah berada dibilik. ehmm balik je bilik, aku terus capai laptop aku rasa nak tambah post kat my blog. cuma aku nak cerita perjalanan selepas dan akan datang... selepas dah cerita.. so next step aku nak bergerak ke McD... buat apa? ehmm study lah.. saje nak amik mood study kat McD. Pada awalnya aku dan lia nak stay up kat bilik aku jerk untuk prepare exam esok hari, but ada sorang mamat ni nak join plak kitaorg tak kan nak ajak kat bilik aku kot.. agak2 lah.. hahhaha... mamat tu namanya aisam... dia sudah dikecewakan ngn kawan baik nya sendiri, tu yang dia nak join kitaorg study. So hang terpaksa lah angkut kami ke McD. Kejap lagi aku nak gerak.. aku dah janji ngn diaorg nak gerak kul 12.30 pagi... hah lagi satu, time aku capai laptop dan tekan button on aku terus masuk laman web facebook.. wahhh sekarang aku dah bertani lah kat farm ville. seronok gak layan... tadi pun lembu yang aku ternak tu pun dah bising2. suruh collect susu lah tu... hahahahh. ok lah nak beransur dan aku nak siap2 apa yang patut... doakan aku berjaya dalam exam esok.. kalau sempat lepas exam esok, aku post entry yang seterusnya... assalamulaikum... salam ukhuwah...

Jari + Otak Letih

0 Pot Pet
15 september 2009
6.11 pm
huhuh jam pun dah kul 6.12 pm sedar tak sedar.. banyak gak aku post... konon2 malas.. tu lah kalau dah post satu mesti idea datang mencurah2 macam air jambu batu asam boi kat bazar PKNS... ada kaitan ke? ehhh knp tetiba aku teringat air ni.. sungguh dahaga rasanya. tu lah lain kali jgn bagi aku post. kalau dah post mesti merepek je aku ni lebih.. heheheh... ehmm rasanya cukup lah entry aku untuk ari ni... merepek jerk lebih. jari dan otak pun makin loss, rasanya waktu ni sesuai untuk aku akhiri entry yang entah apa2 ni. emmm ari ni tak berbuka di masjid.. esok aku ada exam mid term subjek statistik, nak kuar rasa sungguh malas. member aku cik lia katanya dia sungguh takut ngn exam yang bakal kami tempuh esok hari. emm terpaksa lah aku g beli makanan berbuka sesorang kat cafe.. nasib baik rumate aku ada ari ni... boleh berbuka sesama kan rumate.. ehmmm paling membosankan malam ni ada meeting plak.. nak tak nak terpaksa pergi... aku beransur dulu lah.. kalau lambat, makanan kat cafe habis plak, kedai setia murni dah tutup.mesti ramai yang beli kat kedai makcik hujung...


Puasa + Merdeka

0 Pot Pet
15 september 2009
2.03 pm


Walaupun tinggal lagi beberapa hari umat islam nak menyambut raya, masih tak terlewat kan aku nak ucapkan pada diriku sendiri ucapan2 yang aku belum wish untuk diri aku sendiri... memandangkan ni my blog a.k.a my diary yang bukannya private(if private tak lah publish kat sini), lebih sesuai aku tujukan untuk diri ku sendiri. memang niat nak wish kat diri sendiri if ada some event for me or citizent in malaysia. 2 perayaan dan peristiwa berlaku pada bulan lepas.


Yang pertama : Bulan puasa menjelma terlebih dahulu...so aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada diriku, rajin bangun sahur dan rajin2 lah solat terawih... semenjak dari hari pertama puasa sehingga aku menaip kini... baru sekali aku menunaikan solat terawih... tu pun disebabkan atas kesedaran diri sendiri. Kalau ikutkan aku berbuka puasa selalu gak kat masjid UKM ni, katanya jimat dan lebih afdal dalam mengeratkan silaturahim bila makan dalam talam. Tapi lepas solat magrib aku balik semula kolej... apa lah nak jadi ni ngn diri aku ni.. tranformers kan diri aku ni, cepattttt!!! . bab bersahur plak, mula 2 bersemangat bangun sahur. kul 5 pg je dah bunyi alarm phone untuk mengejutkan aku untuk bangun bersahur. apa lagi, kejut my rumate bangun... tapi sekarang tiada lagi amalan bersahur... mata tetap dilayan untuk meneruskan mimpi2 (penah ke mimpi?) seingat aku tak penah pulak mimpi... heheheh


Yang kedua : nak kata dah lama tu, tak lah lama sangt kan . ni baru 15hb sept, baru setengah bulan menyambut hari kemerdekaan. so aku juga tak melepaskan diri aku untuk ucapan " selamat menyambut hari kemerdekaan untuk negara kita Malaysia. Semoga aku menjadi rakyat yang cintakan negara dan akan berbakti untuk negara... merdeka!!! merdeka!!!merdeka!!! semangat aku mengangkat tangan sambil melaungkan merdeka!!!! dan semoga negara kita bebas dari anasir2 negatif.


Mood

0 Pot Pet
15 september 2009
1.56pm
Salam ceria... tak faham lah ngan diri cik selatan ni... nampak minat tu ada pada penulisan, but mood untuk post2 kat blog tu sentiasa berubah2. ada masa banyak sangt nak cerita tentang perjalanan hidup cik selatan ni kadang2 nak buka web blogspot ni pun malas.. so macamana nak post.emmm entahlah...sebenarnya sebelum cik selatan post title "mood" ni, ada satu post "don't try", perenggan terakhir,cik selatan ada taip berkaitan business yang cik selatan jalankan sekarang. semenjak dari hari tu, cik selatan memang busy sangt. ye lah org baru menceburkan diri dalam bisnes. banyak yang perlu belajar... untuk berblog tu masih tetap ada dan ia memang membuak2 dari sehari ke sehari.