Tak Habis Baca Lagi

Tetiba je anak mata aku rasa macam tertarik je kat satu benda diatas meja study aku... Aku capai n aku lihat isi kandungan itu....Zulaika n Nik Azhan antara salah satu watak yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi emosi para pembaca. Setulus hati adalah tajuk novel yang dah lama aku beli dan sampai sekarang tak habis2 lagi aku baca sebab mood novel aku dah lama tak datang. So, buat masa ni aku tak teringin nak baca novel...
Tajuk : Setulus Hati
Penulis : Rozita Abd. Wahab
Penerbit : Alaf21
Harga : RM 18.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik dan Kekeluargaan
Sinopsis:
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak2, dia bangkit semula daripada kekecewaan semalam untuk meneruskan hidup.
Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah menyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya.
Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin...kerana hatinya benar-benar telah tertutupuntuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!
kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat disenangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Dimanakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya....
Penglipurlara: Cik Selatan penah dikecewakan dan mengecewakan orang. hahahah....

0 Pot Pet: