Salam Pagi Jumaat

Salam pagi jumaat...
Pejam celik pejam celik, menjelma sudah hari jumaat... terlalu singkat masa sekarang ni...rasa macam sekejap je... masa macam air kan masa ni, laju je pergi... Hari jumaat ada lah hari yang ditunggu2 kan bagi sesiapa yang bekerja, keesokkannya boleh merehatkan diri di rumah atau melakukan aktiviti2 indoor atau outdoor tanpa memikirkan hal dipejabat. Bagi yang bergelar student, ari jumaat selepas waktu kelas, ramai yang berpusu2 ke komuter untuk pulang ke kampung halaman masing-masing... tapi aku.... kini masih dibilik bersendirian bertemankan bunyi kicauan burung. Rumate tu biasalah busy je memanjang. Petang barulah nampak muka. Berbalik apa yang aku nak sampaikan mengenai hari HARI JUMAAT ialah....
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

0 Pot Pet: