Kesedaran Sivik

4.00ptg
16 Ogos 2009
Cik Selatan tak faham betul lah dengan sikap orang yang meminjam, apa sahaja lah tak kira duit atau barang tapi tak tahu nak pulangkan kira macam ayat ni "buat atok ke?" aku pun tak tahu maksudnya apa.. tapi aku rasa maksudnya lebih kurang cam ni lah bunyinya.. sesuatu barang yang kita pinjam dan setelah selasai menggunakan kita simpan sampai lah ia berhabuk...kalau salah meaning tu maaflah... malas nak buka kamus...hehehe. Susah sangat ke nak pulangkan semula barang yang dipinjam pada tuan empunya barang? Aku ni jenis tak suka pinjam barang orang kalau dah pinjam seboleh2 nak pulangkan cepat... Aku ni juga tak kisah kalau nak beri pinjam barang pada orang lain.. tapi faham2 aku tak suka datang pada org yang meminjam tu dan menuntut barang2 ku. Pandai2 lah sendiri dah pinjam pulangkan sendiri atas kesedaran sivik dalam diri masing2. Ni bila aku betul2 nak pkai barang tu pula tak ada dan masih ditangan peminjam... adoi. Oleh itu tanamkan kesedaran sivik dalam diri anda walaupun masa kita sekolah rendah dan menegah subjek tersebut tidak ditawarkan. Sejak kebelakangan ini je kementerian pelajaran sudah mulai sedar akan pentingnya subjek tersebut.

0 Pot Pet: