Don't Try !!!!!

20 Ogos 2009
12.30pm
Bertemu kembali pada hari jumaat yang mulia.. Dalam post yang lepas kita tertunggu2 matahari muncul yang menggantikan bulan dan bintang pada waktu malam. Jadi bila bangun tido kita ucapkan terima kasih kepada NYA kerana memberi kami peluang bernafas sehingga ke hari ini dan ketika ini. Bila kita dah celik mata, bermakna kita akan melakukan aktiviti seharian dan aku tak melepaskan peluang untuk mengePOST kat blog CIK SELATAN lepas tamat kelas pada awal 11.00 pagi tadi. Post kali ni aku nak kongsi cerita apa yang berlaku dalam kelas Business Communication pada hari semalm iaitu hari khamis.
Aku sampai awal ke fakulti seawal jam 7.20 pagi memandangkan kelas pukul 8.00 pagi tapi last week aku dah di remind oleh lect untuk datang awal supaya buat kuiz before class kerana 2 weeks ago aku absent ke kelas. Punya lah datang awal, last2 lect tu sampai kul 8.00 pagi gak.. kuiz menda cam tu… jawabnya pas kelas lah aku kene jumpa dia lagi. Lapar la pagi2 ni… gerai yang kat fakulti tak buka pula, nak puasa lah tu , agaknya student2 yang berniaga tue sibuk cari baju raya kat masjid india. Rasa pagi2 ni nak cari mood dulu lah sebelum masuk kelas, tu yang aku ngn lia membuka langkah ke café FST (Fakulti Sains dan Teknologi) untuk mengisi perut ku pada waktu pagi ketika itu. Huhuhu sempat lepak lagi tu kat café. Dah kenyang masuk kelas, lect sedang membincangkan topic “Interpersonal Communication and Teamwork”. Bla bla bla…. Masuk kelas tanpa muka bersalah langsung .



Pukul 8.45 pagi baru aku masuk kelas, 1 jam awal boleh focus lagi dan minda masih berada di DK. Nasib baik pintu belakang tutup, fikiran masih berterbangan di dalam DK sahaja. Sesekali tu ada student keluar untuk ketoilet nasib baik tak sempat ikut sebab dah kene tutup pintu tu, fikiran ku masih berterbangan lagi. Lepas setengah jam dari tu mula lah tangan tak boleh duk diam.. kacau sana sini kawan yang duk kiri kanan. Huhuh satu perkara je kalau masuk kelas ni.. kalau nak borak dalam kelas dengan orang sebelah boleh je, jgn tengok muka rakan anda tapi mata biar pandang lect seolah2 kita tekun dan tawadhuk mendengar penerangan beliau. Korang boleh bayangkan camna keadaan tu kan!!! Kami bertiga iaitu aku, lia dan sue mula rasa seronok bila masuk kelas tue, rasa macam kita sedang belajar kat negara orang iaitu University Dhaka di Bangladesh campur University of Melbourne di Australia ketika itu.. wakakakak….



Untuk menghilangkan keseronakan itu, bermula episode kami. Siap amik gambar bila lect pandang ke belakang. Huhuhu jgn try dalam kelas kalau tak expert. Snap snap snap dan snap, gambar kami masih tak sepenuhnya masuk. Ada muka yang separuh lah, tepi sangt lah.. tak puas hati apalagi delete la. Ni je gambar yan g sempurna bagi kami.
Kami masih galak membuat hal kami sendiri tanpa memikirkan lect dihadapan, ada yang student tido lagi. Amboi sedapnya mereka. Setelah penat posing bergambar, ambil gambar objek kat bawah meja pulak. Amik gambar kasut kak lia kita sorang ni.. konon2 nak letak kat facebook dia pas kelas nant katanya.


Disebabkan relationship kitaorg cukup kuat, ni lah picture yang terakhir kami sebelum kami terkantoi membuat projek didalam kelas…. Tiba-tiba………………………
“Hey, u pink colour… Where are u now?” Dr. Syed Alam Shah speaking.
Dia tergamam “aku ke yang pakai baju pink?” kata hati kak lia kita sorang ni.
“Yes, you!” Dr.Syed Alam Shah menundingkan jarinya kearah lia
“Uhhhh nasib baik bukan aku” aku berkata.
“im in class” Lia menjawab dengan teragak2, tapi ia yakin dengan jawapannya.
“Are u sure? Mentality and physically in here?” her asking again….
“Half in class dan half in my bedroom” spontan lia menjawab. Wakakakak….
Hah! Kan dah kantoi, aku dan sue cuba mengawal keadaan. Dua dua tak berani nak borak apatah lagi memandang muka antara satu sama lain. Fokus beb focus… selak punya selak nota bdan nak dibandingkan dengan slide kat depan rupanya dah tertinggal jauh kami ni… kelas tamat jam 10.30 pagi. Aku terus ke bilik Dr. untuk membuat kuiz yang dijanjikan.

Pukul 5.00 petang aku nak jumpa adik angkat aku yang belajar kat UNITEN atas sebab business. Hehehhe. Makin maju nampaknya aku ni, jadi businesswomen ke? Tak lah…. baru nak belajar sikit2… oklah post lepas ni aku cerita pasal business aku yang sedang aku jalankan sekarang… tunggu!!!!!!

4 Pot Pet:

Matahari said...

international business ke communication business kak?? wakakaka..ha..nampak no berangan kak gg..wakakaka..

ليانا اففه said...

oohooo...begitu cerita nye..tp siyes la kelas ni agak boring...berkali2 sy syahid di medan ilmu....huhuhu

Anonymous said...

hahaha..br tahu pe yg terjadi..bgs2..pasni ajakla kta join sekali ye..ahaks...

Norhidayah Md Yusof said...

hahaha lawok r la korg jiji...nak lg bile bace yg scene melibatkan liya..kalo dyh musti dah terkedu nak jwb ape hehehe:D