Saat-saat kehilangan

16 Ogos 2009
9.10 am...
Salam ~~~ maaflah kalau post dalam blog aku ni yang korang baca semuanya dalam mode sedih dan kurang menariknya dari yang menarik dan hebat berbanding post2 di blog anda sekalian...
Apa yang ingin aku nukilan kan disini adalah sebahagian perasaan kesedihan yang membelenggu diri aku semenjak dua minggu yang lalu...betul kata kamu kamu kamu semua... kuatkan semangat, tabah, bersabar dan macam2 lgi... tapi adakah anda semua terfikir perasaan ni yang menanggung... tapi aku percaya ia ada hikmah setiap apa yang berlaku... apa yang berlaku 2 minggu yang lepas aku menghadapi saat2 kehilangan insan tersayang.... ini bukan mengeluh atas ketentuan oleh NYA tapi ia sekadar perasaan yang ingin diluahkan dan dikongsi untuk meringankan rasa sebak di dada bila aku duduk berseorangan... tak sangka dan tak diduga beliau pergi terlalu cepat. Pada awalnya beliau sekadar demam dan akan menjalani operation pada 3hb Ogos dan disebabkan beliau demam terpaksa ditangguhkan sehingga beliau betul2 baik dari demam. Ye lah sangka ku, sekarang ni musim demam, batuk dan selsema... "nanti baik lah tu" kata hatiku... Kalau dah baik boleh kita buat operation ye, nanti boleh kita pergi jalan2.
Seperti selalu aku akan call abah untuk bercakap ngan mak, dan hp pula bertukar tangan dan suara mak ditalian membuatkan aku rasa gembira... borak punya borak sampai habis credit ... tapi kini bila aku terasa rindu sangt pada mak. Aku cuba call abah untuk bercakap ngn mak... tapi hp sudah tidak bertukar tangan lagi dan suara abah masih ditalian... "mak dah tak ada dik" ayah ku berkata. Cuma air mata je yang aku boleh alirkan dan aku cuba cakap seperti biasa supaya abah tidak tahu aku sedang menangisi pemergiannya...
Sesampai di Hospital JB dari Bangi iaitu tempat aku belajar, cuma setengah jam sahaja aku dibenarkan masuk ke ICU memandangkan masa melawat sudah tamat... nurse kata "mak awak tak nak makan, cuba awak anaknya suapkan". Cuma sesuap je yang mak mampu telan bila aku suapkan kemulutnya... jam menunjukkan 7.00 petang, mak guard pun datang dan memberitahu bahawa masa melawat sudah tamat. Aku salam tangan mak, cium kedua belah pipi dan kepala, semoga esok kita dapat berjumpa lagi...tapi tangan mak seperti tak mahu lepas kan...seperti beliau tahu itu pertemuan terakhirnya bersama anak2 nya..
Pada pagi Ahad, abah mendapat emergency call dari Hospital... abah seperti celaru dan rungsing dan kami adik beradik diminta supaya segera bersiap2. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku, aku ikutkan sahaja. Sesampai di Hospital tepat jam 7.30 pagi hanya seorang sahaja yang boleh masuk... Ya Allah.. tolonglah permudahkan apa yang sedang berlaku...Abah naik ke ICU dan selang setengah jam, abah memberitahu mak sudah tak sedarkan diri dan keadaan nafasnya yang amat kritikal dan sepenuhnya bergantung pada oksigen...Ya Allah, teringat apa yang berlaku semalam. Kau memberikan aku kesempatan untuk berjumpa dengannya dan menyuapkan bubur ke mulut ibuku walaupun sesuap. Tanpa ku sedar, airmata mengalir dengan sederasnya...Pada pukul 1.30petang, mak akan dipindahkan ke ICU lain kerana suspek H1N1 dan dikuarantin kan..
Keesokannya adalah seperti hari2 yang sama aku lalui dengan yang lalu yang sentiasa berdoa supaya ibuku akan sedar dan cepat sembuh. 2 hari kami adik beradik tak dibenarkan masuk ke ICU untuk melawat mak kerana kawasan ICU itu untuk yang suspek H1N1. Hanya abah sahaja yang dibenarkan masuk dan setiap kali abah keluar dari bilik ICU aku mengharapkan khabar gembira.. tapi keadaan mak sama sahaja dengan sebelum ni... kawan2 mak dan abah tak putus datang melawat dihospital tapi malangnya pelawat tak dibenarkan masuk. Mereka semua memberikan kata2 semangat supaya tak putus berdoa untuk mak.
Aku kesian ngan abah yang tak makan dan tak penah penat untuk melayan kawan2 nya yang datang melawat kami sekeluarga. Tapi hari Isnin adalah saat2 aku akan kehilangan insan tersayang. Masa melawat tamat 6.30petang, ketika itu aku cuba mengajak abah dan adik2 untuk makan. Terasa gembira bila abah sudah rasa nak makan... beberapa langkah dari tempat menunggu di hospital, abah menerima panggilan dari doc meminta kami sekeluarga naik ke ICU secepat mungkin. Ohhh Tuhan, berita apakah yang akan dikhabarkan kepada kami? Semoga ia adalah khabar gembira dan kami sekeluarga dapaat bersama2 kembali...
Sesampai sahaja di ICU yang dituju, doc Murni sudah berada dihadapan pintu.. dan meminta kami bersabar dengaan berita yang akan dikhabarkan. Ya Allah, seperti aku sudah menjangkakan apa yang sedang berlaku, segala jawapan negative berlegar2 dibenak ku... Doc Murni mengatakan jantung mak sudah 2 kali berhenti dan paru2 mulai mengeras dah sukar untuk terima oksigen. Doc Murni meminta kami bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan meminta kami membacakan surah Yassin disebelahnya... Kami adik beradik dan abah dibenarkan masuk ke ICU dan meminta bergilir-gilir membaca Yassin.
Ketika giliran aku masuk, kelihatan keadaan mak yang kritikal dan 100% bergantung pada oksigen. Sungguh sayu melihat wajah mak yang terlantar dengan tenang sekali.. adakah tenangnya itu beliau sedang bertarung dengan penyakitnya atau sekadar ia sedang tidur dan sedang melihat anak-anaknya datang membacakan surah Yassin untuknya. Sememangnya air mataku tidak dapat dikawal dan diseka, aku cuba membisikkan kata2 ditelinga ibuku. "Mak.. adik datang ni, tengok mak. Mak cuba lawan penyakit ni ye.. mak juga kena kuat semangat baru boleh cepat sembuh..." seakan2 mak mendengar kata2 ku dan beliau mengetahui tak dapat bersama kami lagi, aku cuba mengesat air mata yang mengalir di mata mak. Aku membaca Surah Yassin dan berdoa moga2 permudahkan segala perjalanan ini. Bacaan Yassin tidak putus2 dibilik ICU tersebut. Jam menunjukkan 12.00am abah dan adik2 kelihatan letih dan mengantuk. Abah sudah terlena dikerusi, adik2 pula duduk bersandar didinding...Aku membentangkan tuala untuk mengalas badan adik2 ku tido dilantai berhadapan bilik ICU yang mak duduki pada waktu itu. Kami nak sentiasa bersama2 mak supaya kami dekatnya.
Aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata walaupun terasa ngntuk sekali...aku tak nak walaupun sekiranya ia sudah tertulis.. bila aku melelapkan mata, mak akan melelapkan mata juga untuk selama2 nya. Jam menunjukkan pukul 12.00am aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik ICU untuk menemani ibuku yang sedang bertarung nyawa... suasana begitu sejuk terasa sehingga ke tulang. Bacaan Yassin masih meniti dibibir ku. Sesekali mata aku tertumpu pada monitor komputer yang berdekatan dengan mak. 1.30pagi, nurse datang dan menekan sesuatu button dimonitor dari jumlah 100% ke 70%. Apakah itu? aku bertanya kepada nurse tersebut, itu tandanya ibuku sudah boleh bernafas dengan dirinya sebanyak 30% dan selebihnya bergantung pada oksigen. Ya Allah, ini perkembangan baik. Aku masih menunggu sehingga pukul 3.30 pagi walaupun kesejukan sudah mulai terasa sehingga aku menggigil kesejukan. Penantian terus dinantikan dan nurse datang sekali lagi dan menekan button yang sama dan menurunkan sebanyak 60%. Bermakna 40% oleh diri mak sendiri tanpa bantuan oksigen. Detik kegembiraan bersarang dihatiku untuk memberitahu abah dengan secepat mungkin.
Keesokkannya perkembangn masih 60%. Disebabkan hari khamis aku ada kuiz aku mengambil keputusan memberitahu abah aku nak balik ke UKM, dan setelah selesai aku akan kembali ke JB. Abah membenarkan walaupun aku tahu ia berat, dan aku juga tak nak abaah menghadapi hari2 tu tanpa sokongan anak2. Tapi aku pergi sekejap untuk tunaikan tanggungjawab ku. Hari Rabu aku pulang dan setibanya aku di UKM pada jam 3 petang memandangkan jam 4 petang aku ada kelas sehingga 6.30ptg. Aku tak tahu kenapa sepanjang perjalanan pulang, aku terasa sakit sangt dada dan rasa tak sedap hati. Aku sangka kan tak ada apa2 la berlaku...perjalanan masih diteruskan dan setiap masa aku sms abah untuk mengetahui perkembangan mak. Berita gembira, mendapati mak negative H1N1 dan perkembangan oksigen sudah 50%. Ya Allah... begitu besar dan agungnya kau mendengar doa2 hamba-hambamu ni. Tak sabar rasanya nak pulang setelah selesai ujian yang akan aku duduki pada keesokkannya.
Setelah habis kelas kul 6.30ptg aku bergegas balik dah siap2 kan diri untuk solat magrib. Setelah selesai solat magrib aku sedekah kan Yassin kepada ibuku walaupun aku jauh disisinya. Semoga ia dengar apa yang aku sedekahkan.. sementera aku menunggu waktu isyak aku mendapat panggilan dari abah... "Adik... mak dah tak ada" tersentak jiwa aku bila aku dapat berita tersebut. Kenapa bila aku balik, berita ni yang aku dikhabarkan tanpa sempat aku membisikkan kalimah Syahadah kepada ibuku. Lepas Isyak aku bergegas pulang tetapi abah meminta aku terus ke kampung halaman di Batu Pahat, kerana atas permintaan ibuku untuk pulang kekampungnya. Sepanjang perjalanan pulang aku tak menangis langsung, ku cuba untuk mengalirkan air mata tapi ia seolah2 kering dan seperti aku rela untuk melepaskan pergi.
Setibanya dikampung pada pukul 1 pagi, aku melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring yang ditutupi ngn kain batik lepas... aku membuka dan mencium wajahnya dengan penuh syahdu dan wajahnya seperti tersenyum...
Ketika memandikan jenazah arwah mak, aku sebagai anak dan adik2 ku tidak melepaskan peluang membantu. Sehinggalah arwah mak disemadikan.
Terima kasih mak.. segala jasa mu dan pengorbanan tak sempat kami balas. Sekarang tiada ada apa lagi yang mak mahukan selain doa dari anak2 nya sebagai bekalan disana.. Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat2 orang2 yang solehah... amin..~~~~
Selagi ibu kita ada didunia... balaslah segala jasanya. Bukan harta dan duit yang beliau mahukan tetapi kasih sayang seorang anak kepada ibunya dan utusan doa yang lebih dia memerlukan...
12.42pm

1 Pot Pet:

penulis.tidak.bernama said...

Salam takziah dari saya.
Saya tak mengetahui kesedihan kamu kalao tak berjumpa dengan Sharir. Banyak bersabar dan doakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi Allah bersama orang2 beriman.

Takziah dari saya.