Cerita Perjalanan Hidupku

Isnin
11.27pm

Apa yang aku nak dedicate kan untuk hari ini? Terpusing2 aku kat blog2 orang lain untuk mencari idea dalam post yang seterusnya. Pusing punya pusing masih tiada jawapan yang terlintas dalam minda ku. Jam menunjukkan 11.27pm lebih kurang 30 minit lagi masuk 12.00am dan bermulalah cerita baru dalam diari hidupku. Setiap hari, ada je perkara yang berlaku dalam kehidupan kita samaada yang baik atau yang buruk… Tapi ingat yang baik datang dari Allah dan buruk datang dari kelemahan kita sendiri.

Oleh itu aku nak cerita kan perjalanan hidupku untuk hari Isnin iaitu permulaan hari dalam hidupku. Lepas Subuh je aku bangun dan terpisat2 jugak lah aku kat katil nak bangun untuk menunaikan solat subuh. Terasa berat sangat kepala ku untuk bangun dari bantal2 empuk ku yang boleh membuatku lena dibuai mimpi2 indah, seram, romantic, aksi macam2 versi lah. Tapi aku tahu itu semua bisikan2 syaitan dan mereka semakin galak menghulurku bantal2 nya sehingga aku gagal tunaikan tanggungjawabku sebagai seorang muslim. Tak seperti selalu aku hanya bangun terus mencapai berus gigi colgate berwarna biru, ubat gigi ,pencuci muka sahaja tanpa mandi awal pagi. Tapi entah kenapa pagi ni aku semangat nak mandi awal2. Aku capai tuala, barang mandian yang mana aku letakkan dibawah katil dan aku melangkah dan memulas tombol pintu dan menuju ke toilet dan berdiri dihadapan cermin. Terasa segar mulutku selepas mengenakan ubat gigi, sempat lagi menghembuskan nafas dihadapan cermin (macam kat iklan tv tu…) dan keluarlah wap2 dari mulut ku kat cermin, saje je nak test ada tak lagi bau2 yang bercampur2 malam semalam, heheheh. Orang sebelah aku yang sedang menggosok gigi sempat menjeling kearah ku… Ahhh peduli lah…

Selesai menunaikan solat subuh aku kemas bilik, katil, lipat baju yang telah beberapa hari tersadai dihadapan almari ku. Setelah selesai mengemas bilik, seperti selalu kegiatan rutin akan ku buat adalah cari button on kat laptop. Pagi2 lagi aku dah bersarapan dengan facebook dan yahoo messenger. Oh Tuhan… lupa aku ada kuiz petang ni pukul 4 subjek International Business Chapter 4, 5, 6. Tak study langsung, macamana ni? Aku terus duduk di meja study dan mencapai buku yang ingin dibaca.Tadikan aku sarapan ngan facebook dan yahoo messenger lupa nak bancuh air milo 3 In 1. Bancuh lah, konon2 boleh masuk apa yang aku study. Buku kat depan, lappy kat tepi, sempat lagi jari jemari ku mencuri2 untuk menaip link www.tv3.com.my apalagi sambil layan Nur Kasih.
Ohhh ada satu benda aku belum settlekan, buat pengesahan dan hantar borang permohonan zakat kat kolej Keris Mas. Terima kasih kepada Dr. Zafir kerana dapat bekerjasama dengan kami untuk mengesahkan keatas slip gaji, salinan kad matrik dan salinan kad pengenalan aku setelah 3 tempat kami di tolak kesana kemari seperti bola ke apa kami ni, yang pertama Unit kaunseling, kedua Unit perkembangan pelajar dan terakhir sekali Unit Kebajikan (One Step Center).

Setelah selesai Dr. Zafir mengesahkan dokumen2 kami, kami bergerak ke Kolej Keris Mas. Satu lagi dugaan dan rintangan yang perlu tempuhi.

”Akak, saya nak hantar borang permohonan zakat” aku berkata.

“Ok adik jumpa abg kat hujung tu ye” kakak berbaju kurung ungu tu membalas.

Punya lah banyak songeh abg ni tanya itu ini.

“Nak bagi ke tak aku zakat ni” detik hatiku.

Persoalan demi persoalan diajukan kepada aku dan aku sudah cuba menjawab dengan sebaiknya. Cewahhh macam artis lah pulak, begitu yakin sekali, Cuma camera man je tak sempat nak tempah.

“Ok adik ni layak terima zakat tapi masih belum boleh digolongkan dalam golongan miskin (wahh kaya sangat ke aku ni?) dan adik digolongkan dalam asnaf dan fisabilillah” dia berkata.

Selesai semua urusan di unit zakat aku balik kolej memandangkan perut ku sudah memainkan lagu2 keroncong yang amat menyakitkan telingaku… Setelah perut diisi, lagu keroncong yang dimainkan tadi terus senyap. Agaknya tak ada ruang lah tu nak main keroncong.

Destinasi seterusnya adalah bilik ku, aku terus kan dengan menelaah helaian kertas yang dari tadi tak berganjak, jam menunjukkan 2.15ptg, chapter 4 masih tak berganjak ke chapter 5, memandangkan jam 4.00ptg kelas akan bermula. Mata sesekali melihat katil yang bersebelahan dengan meja study,

“Baring kejap lah luruskan urat2 yang ada mana2 tersimpul ke!”detik hatiku.

Terasa mengantuk pula, tido lah kejap kul 3pm bangun lah. Tidur punya tidur pukul 3.45pm aku terjaga adoiii, aku bangun terus menunaikan solat zohor. Ketika siap2 aku teringat aku tak habis baca lagi chapter2 yang kuar kuiz kejap lagi. Masuk kelas dengan perasaan redha dan tawakal dengan kuiz aku jalani nanti. Debaran demi debaran Macam nak dapat anugerah pulak, padahal tak baca pun buku.

“Pn. Norliza dah masuk lah!” kataku kepada Ijam iaitu rakan sekelas ku yang duduk dibelakangku.. konon2 senang tiru aku lah tu.

Uhhhh nasib baik… kelas kena gabung dengan kelas set Dr. Noreha. Jadi kuiz tak jadi dan ditangguhkan keminggu depan, hati ku menari rock, jazz, dangdut, RnB semuanya menjadi satu.

Di kelas Dr. Noreha, aku, sue dan ijam duduk belakang sekali, kelas dah penuh, tinggal tempat tu je yang kosong. Ketika Dr. Noreha membincangkan tentang “The International Monetary and Financial Environment” aku , sue membincangkan planning malam ni untuk ke pesta konvo. Kelas tamat jam 6pm, sebelum beredar

“Sue, jadi ek malam ni!” aku berkata

“Ok…….” Sue membalas dengan menunjukkan tanda setuju

Sampai je dibilik aku terus mencapai laptop, seperti selalu menjadi santapan makanan petangku pula. Senja makin melabuhkan tirainya, aku bersiap2 untuk kepesta konvo tapi keadaan tidak mengizinkan petir dan kilat silih berganti seperti bunyi pancaragam untuk pembukaan sesuatu majlis sukan komenwel. Tunggu punya tunggu, jam ditangan menunjukkan 9.00mlm hujan masih tidak berhenti, kami semua mengambil keputusan makan dicafe kolej sahaja, menu aku malam ni nasi goreng cendawan dan air jus tembikai. Kesian kat ekin kempunan nak makan cucuk2 yang jual dipesta konvo. Setelah selesai makan, destinasi kebilik adalah destinasi terakhir dan part yang terakhir dalam cerita perjalanan hidup aku untuk hari ini. Bilik kosong tanpa penghuni tetapi kipas dan lampu berfungsi. Aku melangkah masuk dan bermakna aku berseorangan ketika ini. Apa yang aku nak buat? Aku rasa nak update blog dengan mengepost sesuatu yang menarik. Maka terhasil lah “Cerita Perjalanan Hidupku” ini. Sekian terima kasih… dah baca komen lah yerk!!!

1.22am
Selasa

0 Pot Pet: