Saya hipokrit

16 septermber 2009
8.21 pm

Setiap masa, detik, saat aku menantikan sesuatu yang boleh buat aku sentiasa gembira, tersenyum dan aku tak nak hidup dalam kepuraan2 disebalik senyuman yang terukir. Sekarang ni, my blog adalah tempat yang boleh buat aku rasa tenang, dialah sahabat, teman. Disini lah tempat aku luahkan gembira, sedih, geram dan sebagainya. Yang pergi tetap pergi, tapi kenapa aku masih tidak dapat menerima hakikat atas perginya insan tersayang. Aku cuba gembira, tersenyum, gelak ketawa, gurau senda bersama teman2 tapi bila aku bersendirian aku seperti insan yang khilaf atas ketentuan allah.

Aku hipokrit, hipokrit, hipokrit………semua kesedihan aku cuba selindungkan dengan setiap tawaku, setiap senyumanku. Sebenarnya aku tak mampu hidup tanpa mu ibu dan aku sedang merinduinya, yang sebulan lebih telah meninggalkan kami sekeluarga. Mengajar kami hidup berdikari. Sebelum kelas bermula, tetiba aku teringat kat adik2 dan abah kat rumah, apalah diaorg tengah buat..aku cari telepon bimbit ku didalam beg, aku menekan keypad dan mencari nama “Abahku” di list contact.

Assalamualaikum, abah tengah buat apa?

Waalaikumusalam, abah tengah keje! Kejap lagi abah balik, nanti telefon balik yer?

Ok lah tak pe, abah buat keje dulu.

Segera aku memutuskan talian, takut menganggu abahku sedang bekerja. Apa adik2 ku sedang buat waktu ni kat rumah ? adakah sudah pulang dari sekolah atau belum.. Aku segera mendail nama adik ku “Zahid”. Kami makin galak cerita yang berlaku baru2 ni kat rumah. Biasalah abah baru sebulan lebih kehilangan isteri tercinta, jadi tugasan harian dirumah seperti memasak menjadi sukar dan kelam kabut tambah lagi tugasan kerja dipejabat. Adik ku yang no 3 iaitu zahir katanya kena marah dengan abah 2 hari yang lepas gara2 dia bawak kereta abah sampai tak sedar minyak kereta memang betul2 habis. Pada satu pagi, abah dan zahid nak pergi mengisi minyak tapi tak sampai pun kat stesen minyak. Kereta sudah kehabisan minyak ditengah jalan.. Balik2 memang habis2 lah abah marah zahir. Biasalah budak ngah excited boleh bawak kete.Apa lah nak jadi ni zahir… cuba dengar nasihat abah tu, Cuma nasihat abah je yang boleh kita dengar, mak tak boleh bagi nasihat lagi kat kita… sebelum akhir hayat mak, kita semua dah terima cukup banyak nasihatnya. Kakak harap ayen berubah lah suatu hari. Bangga kan abah, jangan nak buat abah marah jerk.

Aku memang seseorang yang menpunyai jiwa yang mudah tersentuh, aku sayangkan keluargaku. Tapi tak semua keindahan dalam keluarga yang kita miliki kekal . Tak pe lah abah, kalau gg balik nanti rumah nanti kuranglah beban abah sikit.

Ehmm esok aku balik ke JB. Sedar tak sedar dah nak habis plak puasa ni. Bermakna 2 3 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Kenapa tahun ni tak seceria seperti tahun sebelum ni. Segala persiapan aku tak ambil endah seperti aku ingin mengelak dari membicara tentang persiapan hari raya bila teman2 ku mengajukan soalan berkaitan persiapan hari raya. Tidak inginkah aku menemui bulan syawal yang sentiasa umat islam nanti kan setelah sebulan berpuasa. Tidak inginkah aku memakai baju baru dipagi raya sepasang dengan ibuku. Tak inginkah aku mebuat kuih raya bersama ibuku. Bukan tak ingin tu semua, tetapi aku rasa sayu semua tu tak mungkin berulang lagi pada kali ini dan seterusnya.

“Mak, tunggu ye, pagi raya adik, abah, adik2, abg ip dan along datang melawat mak sambil membawa air bunga mawar dan membawakan bekalan rendang dan ketupat yang sebenarnya surah yasin untuk mak. Mak nak tau tak tahun ni kalau mak masih dipanjangkan umur merupakan tahun pertama mak beraya ngn menantu dan cucu mak." kata hatiku…

Inilah yang membuatkan aku menyembunyikan kesedihan disebalik senyumanku. Inilah yang membuatkan aku menyembunyikan disebalik gelak tawaku. Inilah sebenarnya. Seperti aku takut untuk menghadapai bulan syawal . Cekalkah aku? Tabahkah aku? Kuatkah aku? mengahadapi dipagi raya. Aku takut aku tak dapat mangawal kesedihan… Isyallah aku cuba jadi kuat bukannya hipokrit.

2 Pot Pet:

Matahari said...

gg..sabar ye..
rasa sebak baca post gg..
tp su nampak gg tabah sgt..
semuanya ada hikmah..
su tau gg kuat smgt..
jgn sedih2 ye..

nyum2.. said...

gg..
kuatkan diri ko..
kalo x saper lg nk tolong ringankan beban ayh ko..
abg ip da tentu2 ader tggungjwb sendri thdp family dier kn..
jgn sdey2 ye..
kalo ko sdey mesti mak ngan abah ko lg sdey..