Keluarga angkat

28 sept 2009
6.07pm


Tepat jam kul 1pm tadi aku baru sampai UKM, banyak bekalan kuih raya aku bawa dari JB. Pagi tadi aku bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi memandangkan abah masuk keje kul 7 terpaksa masuk office lambat sikit gara2 hantar aku ke sedenak iaitu felda bukit batu iaitu rumah mimi untuk pulang bersama2 keUKM menaiki kereta. Setibanya awal dirumahnya, aku salam pakcik, makcik dan kami berpelukan, memandangkan kami akan bertolak pada pukul 9.30 pagi , aku lepak2 lah kat dapur umah mimi bersama maknya sedang sibuk menyiapkan sarapan. Happy sangt waktu ni, seolah-olah aku menghadapi situasi ketika ibu ku masih ada. Kami borak banyak perkara, mimi sibuk memotong kek untuk dibawa pulang ke UKM. Ketika kami berborak, tetiba makcik suruh aku memanggilnya "mak".


"Panggil "MAK" je GG, makcik tak kisah. Jadi anak angkat makcik pun tak pe!" ibu mimi berkata


Semenjak aku masuk UKM, aku kerap datang ke rumahnya. Pada mulanya, aku ingatkan ia sekadar gurauan, tetapi makcik sentiasa ulang pernyataan diatas, untuk memanggilnya mak. Pada hari pengebumian arwah mak pun, makcik sekeluarga tetap datang dan memberi kata semangat kepada ku dan adik2. Makcik memang baik ngn aku, tadi pun beliau bawakan aku bekalan nasi lemak. Sampai ukm je, nasi lemak menjadi santpan pertama ku. Tidak terlintas dibenak ku untuk memanggil panggilan mak lagi selepas kematian ibuku. setiap perbualan kami, makcik sudah membiasakan panggilan mak, tapi aku......... kenapa masih berat untuk aku ucapkan panggilan "mak". Layakkah untuk aku memanggil "mak".

0 Pot Pet: