Dia Mencari Bahagia

30 september 2009

7.41 am


BAHAGIA? Melalui definasi, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati. Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.




Setelah aku menghabiskan perbualan dengan dia melalui phone, terus aku menekup tanganku dimuka menandakan aku bersedih atas pertanyaannya untuk dia mencari kebahgiaannya sendiri. Kenapa mudah kau lafazkan pada ku, walhal aku terlalu berat untuk menerimanya.




Semalam adalah kali kedua aku memerlukan dy waktu ni, aku tak dapat nak tahan sebak dan tanggung perasaan yang tersirat, sungguh berat untuk aku lafazkan, tapi dy tak angkat phone, maybe ada masalah kot, dia pun banyak masalah, aku makin nak tambah masalah kat kepala dia. Aku tak tau pada sape aku nak luahkan. Terlalu berat untuk aku lepaskan, akhirnya aku terus mengambil keputusan untuk masuk tido semoga apa yang aku fikir, rasa, tanggung boleh membuatkan aku lupa untuk seketika waktu. Esok pagi je lah aku luahkan pada teman setia ku (my blog).




Suatu malam ketika dalam perjalanan kesuatu tempat, didalam kereta aku duduk berdua ngn kau dan bertemankan lagu "Mahligai kebahagiaan by Brothers", kau memberitahuku kau nak mencari kebahagiaan kau sendiri, aku fikir ia sekadar gurauan sebelum ini, tetapi kini aku lihat diwajahnya, kau memang betul2 serius. Aku terkedu dan lidahku kelu untuk berkata. Aku tak sangka, kau terlalu kuat untuk memberitahuku atas niat nya itu setelah apa yang berlaku keatas aku dan kau. Tapi bagi aku, hati dan jiwa aku menangis atas kebahagiaan yang kau cari. Tanpa ku sedar, air mata ku mengalir dan cepat-cepat aku kesat untuk mengelakkan kau nampak aku sedang menangisi atas permintaan kau itu.




Kenapa dengan aku ni? Setiap kali berbicara mengenai sesuatu topik tersebut, pasti aku sebak. Adakah aku mementingkan diri sendiri dan menghalang dia mencari bahagianya sendiri. Adakah aku sahaja yang boleh mengapai bahagia? Aku tak boleh mementingkan diri sendiri. Dia juga perlukan kebahagiaan, setelah kebahagiaan kau dan aku musnah tiba-tiba. Kenapa terlalu cepat kau mencari kebahagian yang lain, bagaimana dengan aku? Adakah jika kau sudah jumpa dengan kebahagiaan kau, kau akan lupakan aku. Aku tak nak kehilangan kau.




Aku capai phone dan menghantar sms kepada nya,




aku : tengah buat apa?


kau : baru lepas call !@#$%#%


aku : siapa !@#$%#%?


kau : kawan aku lah yang aku cakap kat kau masa tu?


aku : ohh jadi macamana sekarang?


kau : aku kawan2 je dulu tu je. aku pun belum nampak macamana org nya, budi bahasanya.


aku : ikut kau lah, kalau sebut pasal ni, buat aku rasa sebak lah.




Setelah mesg aku terakhir, terus dia call aku dan menerangkan perkara sebenar. Ketika berborak, aku bersandirawa dengan diriku sendiri, seolah2 aku bahagia melihat kau juga mencari kebahagiaan masing2.




Kini....aku hanya mampu mendoakan kau akan jumpa sebenar2 kebahagiaan yang kau cari, dan aku berdoa kau tidak akan melupakan aku untuk selamanya. Ikatan silaturrahim antaara kita jgn penah putus, insyallah.


0 Pot Pet: