Dikatakan Perkampungan

Disebabkan kekurangan sumber kewangan dalam semester3 ini, kami sepakat untuk menyertai satu perkampungan yang mempunyai satu kelebihan yang bagus pada awalnya. Iaitu duduk kolej free...
"Betulkan niat adik2 semua untuk masuk perkampungan ini".
Itulah antara kata-kata dari kakak n abg2 senior dalam persatuan tersebut. Secara jujurnya, tujuan aku hanyalah untuk duduk free bila join perkampungan ni. Tapi bila niat kita salah, segala aktiviti yang dianjurkan, kita tidak akan dapat memberi komitmen yang bagus. Aku dan kawan2 cuma nak meluahkan perasaan apa yang terpendam jerk. Bilik yang boleh diduduki 2 orang, disuruh berkongsi seramai tujuh orang dan dapat pulak kat tingkat 4, tercunggap2 gak lah aku naik ngan angkat barang yang banyak. Peh....padat n mampat. Panas je hati, bukan seminggu dua perkampungan itu, tapi sebulan lebih dan aku plak amik short sem, tak kan nak duduk 7 orang kot. Fikir2 lah.... Malas lah aku nak mengulas panjang pasal perkampungan ini, nanti ada yang terasa... yang tak tahan tu satu balik aku, tujuh2 orang tu sepakat untuk menarikkkan diri dari menyertai perkampungan tersebut. So semalam kami datang kebilik persatuan tersebut secara baik dan hari ini kami keluar dengan cara baik. Kepada kakak2 n abang2 senior, kami semua mintak maaf kerana tak dapat meneruskan perkampungan ini dan terpaksa menarik diri. Kami tak dapat memberikan komitmen yang baik dalam perkampungan ini. Harap jalinan kekeluargaan yang diterapkan pada malam tadi, kami akan kekalkan dan membawa kemana kami berada. Malam ini nak pindah balik. Angkat barang satu hal. Kene bayar pun bayar lah.
Penglipurlara: Mengamalkan budaya senoriti iaitu melihat pada tingginya ilmu seseorang dalam persatuan tersebut. (x setuju)

2 Pot Pet:

Matahari said...

setuju gak ngan gg.tak setuju ngan budaya senoriti camtu..erm..nak komen bnyk pun mls ar..dr 5 star bg 1/2 star..

AziemahAnis said...

Tak payah letak 1/2 star... terus tak payah bagi.hahaaha