Don't Try !!!!!

4 Pot Pet
20 Ogos 2009
12.30pm
Bertemu kembali pada hari jumaat yang mulia.. Dalam post yang lepas kita tertunggu2 matahari muncul yang menggantikan bulan dan bintang pada waktu malam. Jadi bila bangun tido kita ucapkan terima kasih kepada NYA kerana memberi kami peluang bernafas sehingga ke hari ini dan ketika ini. Bila kita dah celik mata, bermakna kita akan melakukan aktiviti seharian dan aku tak melepaskan peluang untuk mengePOST kat blog CIK SELATAN lepas tamat kelas pada awal 11.00 pagi tadi. Post kali ni aku nak kongsi cerita apa yang berlaku dalam kelas Business Communication pada hari semalm iaitu hari khamis.
Aku sampai awal ke fakulti seawal jam 7.20 pagi memandangkan kelas pukul 8.00 pagi tapi last week aku dah di remind oleh lect untuk datang awal supaya buat kuiz before class kerana 2 weeks ago aku absent ke kelas. Punya lah datang awal, last2 lect tu sampai kul 8.00 pagi gak.. kuiz menda cam tu… jawabnya pas kelas lah aku kene jumpa dia lagi. Lapar la pagi2 ni… gerai yang kat fakulti tak buka pula, nak puasa lah tu , agaknya student2 yang berniaga tue sibuk cari baju raya kat masjid india. Rasa pagi2 ni nak cari mood dulu lah sebelum masuk kelas, tu yang aku ngn lia membuka langkah ke café FST (Fakulti Sains dan Teknologi) untuk mengisi perut ku pada waktu pagi ketika itu. Huhuhu sempat lepak lagi tu kat café. Dah kenyang masuk kelas, lect sedang membincangkan topic “Interpersonal Communication and Teamwork”. Bla bla bla…. Masuk kelas tanpa muka bersalah langsung .



Pukul 8.45 pagi baru aku masuk kelas, 1 jam awal boleh focus lagi dan minda masih berada di DK. Nasib baik pintu belakang tutup, fikiran masih berterbangan di dalam DK sahaja. Sesekali tu ada student keluar untuk ketoilet nasib baik tak sempat ikut sebab dah kene tutup pintu tu, fikiran ku masih berterbangan lagi. Lepas setengah jam dari tu mula lah tangan tak boleh duk diam.. kacau sana sini kawan yang duk kiri kanan. Huhuh satu perkara je kalau masuk kelas ni.. kalau nak borak dalam kelas dengan orang sebelah boleh je, jgn tengok muka rakan anda tapi mata biar pandang lect seolah2 kita tekun dan tawadhuk mendengar penerangan beliau. Korang boleh bayangkan camna keadaan tu kan!!! Kami bertiga iaitu aku, lia dan sue mula rasa seronok bila masuk kelas tue, rasa macam kita sedang belajar kat negara orang iaitu University Dhaka di Bangladesh campur University of Melbourne di Australia ketika itu.. wakakakak….



Untuk menghilangkan keseronakan itu, bermula episode kami. Siap amik gambar bila lect pandang ke belakang. Huhuhu jgn try dalam kelas kalau tak expert. Snap snap snap dan snap, gambar kami masih tak sepenuhnya masuk. Ada muka yang separuh lah, tepi sangt lah.. tak puas hati apalagi delete la. Ni je gambar yan g sempurna bagi kami.
Kami masih galak membuat hal kami sendiri tanpa memikirkan lect dihadapan, ada yang student tido lagi. Amboi sedapnya mereka. Setelah penat posing bergambar, ambil gambar objek kat bawah meja pulak. Amik gambar kasut kak lia kita sorang ni.. konon2 nak letak kat facebook dia pas kelas nant katanya.


Disebabkan relationship kitaorg cukup kuat, ni lah picture yang terakhir kami sebelum kami terkantoi membuat projek didalam kelas…. Tiba-tiba………………………
“Hey, u pink colour… Where are u now?” Dr. Syed Alam Shah speaking.
Dia tergamam “aku ke yang pakai baju pink?” kata hati kak lia kita sorang ni.
“Yes, you!” Dr.Syed Alam Shah menundingkan jarinya kearah lia
“Uhhhh nasib baik bukan aku” aku berkata.
“im in class” Lia menjawab dengan teragak2, tapi ia yakin dengan jawapannya.
“Are u sure? Mentality and physically in here?” her asking again….
“Half in class dan half in my bedroom” spontan lia menjawab. Wakakakak….
Hah! Kan dah kantoi, aku dan sue cuba mengawal keadaan. Dua dua tak berani nak borak apatah lagi memandang muka antara satu sama lain. Fokus beb focus… selak punya selak nota bdan nak dibandingkan dengan slide kat depan rupanya dah tertinggal jauh kami ni… kelas tamat jam 10.30 pagi. Aku terus ke bilik Dr. untuk membuat kuiz yang dijanjikan.

Pukul 5.00 petang aku nak jumpa adik angkat aku yang belajar kat UNITEN atas sebab business. Hehehhe. Makin maju nampaknya aku ni, jadi businesswomen ke? Tak lah…. baru nak belajar sikit2… oklah post lepas ni aku cerita pasal business aku yang sedang aku jalankan sekarang… tunggu!!!!!!

Tilam+Bantal

0 Pot Pet
21 Ogos 2009
2.00 am.
Kenapa dengan tilam dan bantal? tilam dn bantal banyak kita refer untuk tido kan, refer waktu malam kan... sekarang ni aku dah berada diatas tilam dan kepala ku beralaskan bantal..2 benda ni sentiasa berkait antara satu sama lain .. seperti tak boleh dipisahkan. Kini jam menunjukkan pukul 2.01am. Menguap pun dah banyak kali.. tapi aku ada dua entry yang aku nak kongsikan dengan korang. Tapi disebabkan aku dah mula rasa mengantuk... aku biarkan ia untuk seketika. Idea pun tak datang... tak boleh tahan lagi ni, aku perlu turn off lappy ni secepatmungkin.Tunggu munculnya matahari yang akan silih berganti dengan bulan dan bintang pada ketika ini..Semoga kita akan berjumpa lagi pada esok pagi.

Tengok Movie

0 Pot Pet
9.17am
19 Ogos 2009



Memandangkan semalam kelas aku dibatalkan sebab ramai lecturer yang terlibat dengan konvokesyen, aku pun mengambil kesempatan untuk mencari hiburan diluar. Tanpa arah tujuan, jalan ke putrajaya aku lalui, bermakna Alamanda adalah tempat yang sesuai untuk menghilangkan tension dikepala.


Sesampai disana, food court tempat pertama aku tuju, chicken rice dan watermellon juice menjadi santapan tengahariku. Chicken rice ni kureng la sedapnya, so setelah separuh nasi aku dah telan, aku terus tolak ketepi.

Bowling Center tempat destinasi kedua aku, baling punya baling aku dapat 80 je mata untuk one game. Ok lah tu, aku menang berbanding kawan aku sorang ni, walaupun tak banyak mata macam korang yang pandai main dan even tak dapat strike ada juga spare, tu pun sekali. Saje je tak nak tunjuk skill sebab kat sebelah site aku tu ada mamat yang juga sedang menunjukkan skill membaling masing2.

Destinasi seterusnya, Golden Screen Cineme (GSC). “The Proposal” adalah pilihan movie yang tepat bagi diriku oleh sebab ketika ini, diriku dibuai bunga2 cinta, walawey…berbalik pada title post aku ni, sebenarnya aku nak ulas sikit pasal movie “The Proposal”. Sikit je nanti tak suspen plak bagi yang belum tak tengok lagi.

Okay okay, kalau tengok trailer saja tak cakap movie ni best. Sebab kalau tengok movie ni kat wayang. Korang akan cakap bestttt hahahah, Double thumbs up for Anne Fletcher, loveeeeeeely story.

Kalau ada rajin meng-Google “The Proposal” anda akan jumpa summary dia yang sebegini:



When high-powered book editor Margaret faces deportation to her native Canada, the quick-thinking exec declares that she's actually engaged to her unsuspecting put-upon assistant Andrew, who she's tormented for years. He agrees to participate in the charade, but with a few conditions of his own. The unlikely couple heads to Alaska to meet his quirky family and the always-in-control city girl finds herself in one comedic fish-out-of-water situation after another. With an impromptu wedding in the works and an immigration official on their tails, Margaret and Andrew reluctantly vow to stick to the plan despite the precarious consequences.

Paham pahamkanlah…


Ok. Mari kita listkan part-part yang membuka mata dan mulut semua penonton:

1. Intro die sangat kelakar sebab Sandra Bullock punya character sangatlah lady boss sampai suma staf memang kecut perut and siap IM sesame diorang lagi kalau si lady boss tuh sampai.



2. Muka Ryan Reynolds sumpah xleh blah masa si Sandra Bullock cakap dekat boss dia yang diorang saling mencintai, ahaks ahaks dan nak kawin wohhh! Yela siapa nak kahwin dengan perempuan yang macam tuh kan. Agaklah nak naik gila untuk terima hakikat.



3. Part yang Sandra Bullock kena melutut untuk propose si hero pon kelakar haha. Sumpah kaku habis perempuan tuh. Yelah mane biase pompuan yang kne melamar kan.


4. Haaaaa part yang diorang pergi balik Alaska sebab nak celebrate birthday nenek Ryan yang ke-90, dan nak announce diorang punye relationship kat parents lelaki tu.Wehhhhh laki tuh orang kaya kat Alaska sebenarnya. Haaa terkejut si Sandra Bullock.


5. Kelakar gila masa phone Sandra Bullock kena sambar dengan burung helang. Hahahaa nampak macam dia duk terjoget-joget kat luar rumah sambil pegang anjing sbb nak tukar balik anjing tu dengan phone die.


6. HAHAHA SAJA NAK TULIS GUNA HURUF BESAR PART LUCAH. TAPI DIPOTONG LA KAN DALAM WAYANG TUH. -.-" xnak lah cerita nanti xsuspen.


7. Hoihhhhh ada aksi berbogel whoot whoot. xnak cerita jugak sbb nanti pipi merona merah.

8. Sweetnye satu part tuh bila si lady boss and lelaki tu start ckp2 pasal benda yang diorang suka and bla bla bla. Esoknya pompuan tuh macam ada perasaan dah kat laki tuh. Wahhhh tepuk tangan.

9. Ok korang kena fokus masa part yang Sandra Bullock menari dengan nenek Ryan tuh. Hahahaha bergelak besar semua orang. Pastu masa di duk syok menari tuh die ade sebut ape tah, tapi ade la perkataan2 yang menterujakan seperti testical. Haa amik kau aku pon teruja. Haaha
10. Nenek si hero tuh sangat lah comel ok sebab pandai berlakon buat2 kena heart attack padahal saje nak buat alasan biar laki tuh dapat kejar lady boss tuh. Bila aku cerita memang xnampak comel, xpe xpe. Korang tengoklah sendiri.
11. Ending die mcm biasalah happy ending. Aku siap berangan, bilalah nak macam tu,heheheh. Detik hatiku, sape-sape nak propose kita se-sweet tuh pon, mane boleh nak peluk2 cium2. Hahaha tahan bang tahan.
Haaaa habis pon nak cerita pasal movie nih. Penat weh penat. Movie nih sangat best ok, tak tipuu. Hahahaa. Ok Bye… Jumpa di post akan datang!!!

Cerita Perjalanan Hidupku

0 Pot Pet
Isnin
11.27pm

Apa yang aku nak dedicate kan untuk hari ini? Terpusing2 aku kat blog2 orang lain untuk mencari idea dalam post yang seterusnya. Pusing punya pusing masih tiada jawapan yang terlintas dalam minda ku. Jam menunjukkan 11.27pm lebih kurang 30 minit lagi masuk 12.00am dan bermulalah cerita baru dalam diari hidupku. Setiap hari, ada je perkara yang berlaku dalam kehidupan kita samaada yang baik atau yang buruk… Tapi ingat yang baik datang dari Allah dan buruk datang dari kelemahan kita sendiri.

Oleh itu aku nak cerita kan perjalanan hidupku untuk hari Isnin iaitu permulaan hari dalam hidupku. Lepas Subuh je aku bangun dan terpisat2 jugak lah aku kat katil nak bangun untuk menunaikan solat subuh. Terasa berat sangat kepala ku untuk bangun dari bantal2 empuk ku yang boleh membuatku lena dibuai mimpi2 indah, seram, romantic, aksi macam2 versi lah. Tapi aku tahu itu semua bisikan2 syaitan dan mereka semakin galak menghulurku bantal2 nya sehingga aku gagal tunaikan tanggungjawabku sebagai seorang muslim. Tak seperti selalu aku hanya bangun terus mencapai berus gigi colgate berwarna biru, ubat gigi ,pencuci muka sahaja tanpa mandi awal pagi. Tapi entah kenapa pagi ni aku semangat nak mandi awal2. Aku capai tuala, barang mandian yang mana aku letakkan dibawah katil dan aku melangkah dan memulas tombol pintu dan menuju ke toilet dan berdiri dihadapan cermin. Terasa segar mulutku selepas mengenakan ubat gigi, sempat lagi menghembuskan nafas dihadapan cermin (macam kat iklan tv tu…) dan keluarlah wap2 dari mulut ku kat cermin, saje je nak test ada tak lagi bau2 yang bercampur2 malam semalam, heheheh. Orang sebelah aku yang sedang menggosok gigi sempat menjeling kearah ku… Ahhh peduli lah…

Selesai menunaikan solat subuh aku kemas bilik, katil, lipat baju yang telah beberapa hari tersadai dihadapan almari ku. Setelah selesai mengemas bilik, seperti selalu kegiatan rutin akan ku buat adalah cari button on kat laptop. Pagi2 lagi aku dah bersarapan dengan facebook dan yahoo messenger. Oh Tuhan… lupa aku ada kuiz petang ni pukul 4 subjek International Business Chapter 4, 5, 6. Tak study langsung, macamana ni? Aku terus duduk di meja study dan mencapai buku yang ingin dibaca.Tadikan aku sarapan ngan facebook dan yahoo messenger lupa nak bancuh air milo 3 In 1. Bancuh lah, konon2 boleh masuk apa yang aku study. Buku kat depan, lappy kat tepi, sempat lagi jari jemari ku mencuri2 untuk menaip link www.tv3.com.my apalagi sambil layan Nur Kasih.
Ohhh ada satu benda aku belum settlekan, buat pengesahan dan hantar borang permohonan zakat kat kolej Keris Mas. Terima kasih kepada Dr. Zafir kerana dapat bekerjasama dengan kami untuk mengesahkan keatas slip gaji, salinan kad matrik dan salinan kad pengenalan aku setelah 3 tempat kami di tolak kesana kemari seperti bola ke apa kami ni, yang pertama Unit kaunseling, kedua Unit perkembangan pelajar dan terakhir sekali Unit Kebajikan (One Step Center).

Setelah selesai Dr. Zafir mengesahkan dokumen2 kami, kami bergerak ke Kolej Keris Mas. Satu lagi dugaan dan rintangan yang perlu tempuhi.

”Akak, saya nak hantar borang permohonan zakat” aku berkata.

“Ok adik jumpa abg kat hujung tu ye” kakak berbaju kurung ungu tu membalas.

Punya lah banyak songeh abg ni tanya itu ini.

“Nak bagi ke tak aku zakat ni” detik hatiku.

Persoalan demi persoalan diajukan kepada aku dan aku sudah cuba menjawab dengan sebaiknya. Cewahhh macam artis lah pulak, begitu yakin sekali, Cuma camera man je tak sempat nak tempah.

“Ok adik ni layak terima zakat tapi masih belum boleh digolongkan dalam golongan miskin (wahh kaya sangat ke aku ni?) dan adik digolongkan dalam asnaf dan fisabilillah” dia berkata.

Selesai semua urusan di unit zakat aku balik kolej memandangkan perut ku sudah memainkan lagu2 keroncong yang amat menyakitkan telingaku… Setelah perut diisi, lagu keroncong yang dimainkan tadi terus senyap. Agaknya tak ada ruang lah tu nak main keroncong.

Destinasi seterusnya adalah bilik ku, aku terus kan dengan menelaah helaian kertas yang dari tadi tak berganjak, jam menunjukkan 2.15ptg, chapter 4 masih tak berganjak ke chapter 5, memandangkan jam 4.00ptg kelas akan bermula. Mata sesekali melihat katil yang bersebelahan dengan meja study,

“Baring kejap lah luruskan urat2 yang ada mana2 tersimpul ke!”detik hatiku.

Terasa mengantuk pula, tido lah kejap kul 3pm bangun lah. Tidur punya tidur pukul 3.45pm aku terjaga adoiii, aku bangun terus menunaikan solat zohor. Ketika siap2 aku teringat aku tak habis baca lagi chapter2 yang kuar kuiz kejap lagi. Masuk kelas dengan perasaan redha dan tawakal dengan kuiz aku jalani nanti. Debaran demi debaran Macam nak dapat anugerah pulak, padahal tak baca pun buku.

“Pn. Norliza dah masuk lah!” kataku kepada Ijam iaitu rakan sekelas ku yang duduk dibelakangku.. konon2 senang tiru aku lah tu.

Uhhhh nasib baik… kelas kena gabung dengan kelas set Dr. Noreha. Jadi kuiz tak jadi dan ditangguhkan keminggu depan, hati ku menari rock, jazz, dangdut, RnB semuanya menjadi satu.

Di kelas Dr. Noreha, aku, sue dan ijam duduk belakang sekali, kelas dah penuh, tinggal tempat tu je yang kosong. Ketika Dr. Noreha membincangkan tentang “The International Monetary and Financial Environment” aku , sue membincangkan planning malam ni untuk ke pesta konvo. Kelas tamat jam 6pm, sebelum beredar

“Sue, jadi ek malam ni!” aku berkata

“Ok…….” Sue membalas dengan menunjukkan tanda setuju

Sampai je dibilik aku terus mencapai laptop, seperti selalu menjadi santapan makanan petangku pula. Senja makin melabuhkan tirainya, aku bersiap2 untuk kepesta konvo tapi keadaan tidak mengizinkan petir dan kilat silih berganti seperti bunyi pancaragam untuk pembukaan sesuatu majlis sukan komenwel. Tunggu punya tunggu, jam ditangan menunjukkan 9.00mlm hujan masih tidak berhenti, kami semua mengambil keputusan makan dicafe kolej sahaja, menu aku malam ni nasi goreng cendawan dan air jus tembikai. Kesian kat ekin kempunan nak makan cucuk2 yang jual dipesta konvo. Setelah selesai makan, destinasi kebilik adalah destinasi terakhir dan part yang terakhir dalam cerita perjalanan hidup aku untuk hari ini. Bilik kosong tanpa penghuni tetapi kipas dan lampu berfungsi. Aku melangkah masuk dan bermakna aku berseorangan ketika ini. Apa yang aku nak buat? Aku rasa nak update blog dengan mengepost sesuatu yang menarik. Maka terhasil lah “Cerita Perjalanan Hidupku” ini. Sekian terima kasih… dah baca komen lah yerk!!!

1.22am
Selasa

Kesedaran Sivik

0 Pot Pet
4.00ptg
16 Ogos 2009
Cik Selatan tak faham betul lah dengan sikap orang yang meminjam, apa sahaja lah tak kira duit atau barang tapi tak tahu nak pulangkan kira macam ayat ni "buat atok ke?" aku pun tak tahu maksudnya apa.. tapi aku rasa maksudnya lebih kurang cam ni lah bunyinya.. sesuatu barang yang kita pinjam dan setelah selasai menggunakan kita simpan sampai lah ia berhabuk...kalau salah meaning tu maaflah... malas nak buka kamus...hehehe. Susah sangat ke nak pulangkan semula barang yang dipinjam pada tuan empunya barang? Aku ni jenis tak suka pinjam barang orang kalau dah pinjam seboleh2 nak pulangkan cepat... Aku ni juga tak kisah kalau nak beri pinjam barang pada orang lain.. tapi faham2 aku tak suka datang pada org yang meminjam tu dan menuntut barang2 ku. Pandai2 lah sendiri dah pinjam pulangkan sendiri atas kesedaran sivik dalam diri masing2. Ni bila aku betul2 nak pkai barang tu pula tak ada dan masih ditangan peminjam... adoi. Oleh itu tanamkan kesedaran sivik dalam diri anda walaupun masa kita sekolah rendah dan menegah subjek tersebut tidak ditawarkan. Sejak kebelakangan ini je kementerian pelajaran sudah mulai sedar akan pentingnya subjek tersebut.

Saat-saat kehilangan

1 Pot Pet
16 Ogos 2009
9.10 am...
Salam ~~~ maaflah kalau post dalam blog aku ni yang korang baca semuanya dalam mode sedih dan kurang menariknya dari yang menarik dan hebat berbanding post2 di blog anda sekalian...
Apa yang ingin aku nukilan kan disini adalah sebahagian perasaan kesedihan yang membelenggu diri aku semenjak dua minggu yang lalu...betul kata kamu kamu kamu semua... kuatkan semangat, tabah, bersabar dan macam2 lgi... tapi adakah anda semua terfikir perasaan ni yang menanggung... tapi aku percaya ia ada hikmah setiap apa yang berlaku... apa yang berlaku 2 minggu yang lepas aku menghadapi saat2 kehilangan insan tersayang.... ini bukan mengeluh atas ketentuan oleh NYA tapi ia sekadar perasaan yang ingin diluahkan dan dikongsi untuk meringankan rasa sebak di dada bila aku duduk berseorangan... tak sangka dan tak diduga beliau pergi terlalu cepat. Pada awalnya beliau sekadar demam dan akan menjalani operation pada 3hb Ogos dan disebabkan beliau demam terpaksa ditangguhkan sehingga beliau betul2 baik dari demam. Ye lah sangka ku, sekarang ni musim demam, batuk dan selsema... "nanti baik lah tu" kata hatiku... Kalau dah baik boleh kita buat operation ye, nanti boleh kita pergi jalan2.
Seperti selalu aku akan call abah untuk bercakap ngan mak, dan hp pula bertukar tangan dan suara mak ditalian membuatkan aku rasa gembira... borak punya borak sampai habis credit ... tapi kini bila aku terasa rindu sangt pada mak. Aku cuba call abah untuk bercakap ngn mak... tapi hp sudah tidak bertukar tangan lagi dan suara abah masih ditalian... "mak dah tak ada dik" ayah ku berkata. Cuma air mata je yang aku boleh alirkan dan aku cuba cakap seperti biasa supaya abah tidak tahu aku sedang menangisi pemergiannya...
Sesampai di Hospital JB dari Bangi iaitu tempat aku belajar, cuma setengah jam sahaja aku dibenarkan masuk ke ICU memandangkan masa melawat sudah tamat... nurse kata "mak awak tak nak makan, cuba awak anaknya suapkan". Cuma sesuap je yang mak mampu telan bila aku suapkan kemulutnya... jam menunjukkan 7.00 petang, mak guard pun datang dan memberitahu bahawa masa melawat sudah tamat. Aku salam tangan mak, cium kedua belah pipi dan kepala, semoga esok kita dapat berjumpa lagi...tapi tangan mak seperti tak mahu lepas kan...seperti beliau tahu itu pertemuan terakhirnya bersama anak2 nya..
Pada pagi Ahad, abah mendapat emergency call dari Hospital... abah seperti celaru dan rungsing dan kami adik beradik diminta supaya segera bersiap2. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku, aku ikutkan sahaja. Sesampai di Hospital tepat jam 7.30 pagi hanya seorang sahaja yang boleh masuk... Ya Allah.. tolonglah permudahkan apa yang sedang berlaku...Abah naik ke ICU dan selang setengah jam, abah memberitahu mak sudah tak sedarkan diri dan keadaan nafasnya yang amat kritikal dan sepenuhnya bergantung pada oksigen...Ya Allah, teringat apa yang berlaku semalam. Kau memberikan aku kesempatan untuk berjumpa dengannya dan menyuapkan bubur ke mulut ibuku walaupun sesuap. Tanpa ku sedar, airmata mengalir dengan sederasnya...Pada pukul 1.30petang, mak akan dipindahkan ke ICU lain kerana suspek H1N1 dan dikuarantin kan..
Keesokannya adalah seperti hari2 yang sama aku lalui dengan yang lalu yang sentiasa berdoa supaya ibuku akan sedar dan cepat sembuh. 2 hari kami adik beradik tak dibenarkan masuk ke ICU untuk melawat mak kerana kawasan ICU itu untuk yang suspek H1N1. Hanya abah sahaja yang dibenarkan masuk dan setiap kali abah keluar dari bilik ICU aku mengharapkan khabar gembira.. tapi keadaan mak sama sahaja dengan sebelum ni... kawan2 mak dan abah tak putus datang melawat dihospital tapi malangnya pelawat tak dibenarkan masuk. Mereka semua memberikan kata2 semangat supaya tak putus berdoa untuk mak.
Aku kesian ngan abah yang tak makan dan tak penah penat untuk melayan kawan2 nya yang datang melawat kami sekeluarga. Tapi hari Isnin adalah saat2 aku akan kehilangan insan tersayang. Masa melawat tamat 6.30petang, ketika itu aku cuba mengajak abah dan adik2 untuk makan. Terasa gembira bila abah sudah rasa nak makan... beberapa langkah dari tempat menunggu di hospital, abah menerima panggilan dari doc meminta kami sekeluarga naik ke ICU secepat mungkin. Ohhh Tuhan, berita apakah yang akan dikhabarkan kepada kami? Semoga ia adalah khabar gembira dan kami sekeluarga dapaat bersama2 kembali...
Sesampai sahaja di ICU yang dituju, doc Murni sudah berada dihadapan pintu.. dan meminta kami bersabar dengaan berita yang akan dikhabarkan. Ya Allah, seperti aku sudah menjangkakan apa yang sedang berlaku, segala jawapan negative berlegar2 dibenak ku... Doc Murni mengatakan jantung mak sudah 2 kali berhenti dan paru2 mulai mengeras dah sukar untuk terima oksigen. Doc Murni meminta kami bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan meminta kami membacakan surah Yassin disebelahnya... Kami adik beradik dan abah dibenarkan masuk ke ICU dan meminta bergilir-gilir membaca Yassin.
Ketika giliran aku masuk, kelihatan keadaan mak yang kritikal dan 100% bergantung pada oksigen. Sungguh sayu melihat wajah mak yang terlantar dengan tenang sekali.. adakah tenangnya itu beliau sedang bertarung dengan penyakitnya atau sekadar ia sedang tidur dan sedang melihat anak-anaknya datang membacakan surah Yassin untuknya. Sememangnya air mataku tidak dapat dikawal dan diseka, aku cuba membisikkan kata2 ditelinga ibuku. "Mak.. adik datang ni, tengok mak. Mak cuba lawan penyakit ni ye.. mak juga kena kuat semangat baru boleh cepat sembuh..." seakan2 mak mendengar kata2 ku dan beliau mengetahui tak dapat bersama kami lagi, aku cuba mengesat air mata yang mengalir di mata mak. Aku membaca Surah Yassin dan berdoa moga2 permudahkan segala perjalanan ini. Bacaan Yassin tidak putus2 dibilik ICU tersebut. Jam menunjukkan 12.00am abah dan adik2 kelihatan letih dan mengantuk. Abah sudah terlena dikerusi, adik2 pula duduk bersandar didinding...Aku membentangkan tuala untuk mengalas badan adik2 ku tido dilantai berhadapan bilik ICU yang mak duduki pada waktu itu. Kami nak sentiasa bersama2 mak supaya kami dekatnya.
Aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata walaupun terasa ngntuk sekali...aku tak nak walaupun sekiranya ia sudah tertulis.. bila aku melelapkan mata, mak akan melelapkan mata juga untuk selama2 nya. Jam menunjukkan pukul 12.00am aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik ICU untuk menemani ibuku yang sedang bertarung nyawa... suasana begitu sejuk terasa sehingga ke tulang. Bacaan Yassin masih meniti dibibir ku. Sesekali mata aku tertumpu pada monitor komputer yang berdekatan dengan mak. 1.30pagi, nurse datang dan menekan sesuatu button dimonitor dari jumlah 100% ke 70%. Apakah itu? aku bertanya kepada nurse tersebut, itu tandanya ibuku sudah boleh bernafas dengan dirinya sebanyak 30% dan selebihnya bergantung pada oksigen. Ya Allah, ini perkembangan baik. Aku masih menunggu sehingga pukul 3.30 pagi walaupun kesejukan sudah mulai terasa sehingga aku menggigil kesejukan. Penantian terus dinantikan dan nurse datang sekali lagi dan menekan button yang sama dan menurunkan sebanyak 60%. Bermakna 40% oleh diri mak sendiri tanpa bantuan oksigen. Detik kegembiraan bersarang dihatiku untuk memberitahu abah dengan secepat mungkin.
Keesokkannya perkembangn masih 60%. Disebabkan hari khamis aku ada kuiz aku mengambil keputusan memberitahu abah aku nak balik ke UKM, dan setelah selesai aku akan kembali ke JB. Abah membenarkan walaupun aku tahu ia berat, dan aku juga tak nak abaah menghadapi hari2 tu tanpa sokongan anak2. Tapi aku pergi sekejap untuk tunaikan tanggungjawab ku. Hari Rabu aku pulang dan setibanya aku di UKM pada jam 3 petang memandangkan jam 4 petang aku ada kelas sehingga 6.30ptg. Aku tak tahu kenapa sepanjang perjalanan pulang, aku terasa sakit sangt dada dan rasa tak sedap hati. Aku sangka kan tak ada apa2 la berlaku...perjalanan masih diteruskan dan setiap masa aku sms abah untuk mengetahui perkembangan mak. Berita gembira, mendapati mak negative H1N1 dan perkembangan oksigen sudah 50%. Ya Allah... begitu besar dan agungnya kau mendengar doa2 hamba-hambamu ni. Tak sabar rasanya nak pulang setelah selesai ujian yang akan aku duduki pada keesokkannya.
Setelah habis kelas kul 6.30ptg aku bergegas balik dah siap2 kan diri untuk solat magrib. Setelah selesai solat magrib aku sedekah kan Yassin kepada ibuku walaupun aku jauh disisinya. Semoga ia dengar apa yang aku sedekahkan.. sementera aku menunggu waktu isyak aku mendapat panggilan dari abah... "Adik... mak dah tak ada" tersentak jiwa aku bila aku dapat berita tersebut. Kenapa bila aku balik, berita ni yang aku dikhabarkan tanpa sempat aku membisikkan kalimah Syahadah kepada ibuku. Lepas Isyak aku bergegas pulang tetapi abah meminta aku terus ke kampung halaman di Batu Pahat, kerana atas permintaan ibuku untuk pulang kekampungnya. Sepanjang perjalanan pulang aku tak menangis langsung, ku cuba untuk mengalirkan air mata tapi ia seolah2 kering dan seperti aku rela untuk melepaskan pergi.
Setibanya dikampung pada pukul 1 pagi, aku melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring yang ditutupi ngn kain batik lepas... aku membuka dan mencium wajahnya dengan penuh syahdu dan wajahnya seperti tersenyum...
Ketika memandikan jenazah arwah mak, aku sebagai anak dan adik2 ku tidak melepaskan peluang membantu. Sehinggalah arwah mak disemadikan.
Terima kasih mak.. segala jasa mu dan pengorbanan tak sempat kami balas. Sekarang tiada ada apa lagi yang mak mahukan selain doa dari anak2 nya sebagai bekalan disana.. Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat2 orang2 yang solehah... amin..~~~~
Selagi ibu kita ada didunia... balaslah segala jasanya. Bukan harta dan duit yang beliau mahukan tetapi kasih sayang seorang anak kepada ibunya dan utusan doa yang lebih dia memerlukan...
12.42pm

Mengalirnya Air Mata

0 Pot Pet
Untuk IBU yang selalu menitiskan air mata ketika aku pergi…

ingatkah engkau, ketika IBUmu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan 2 selimut membalut tubuhmu?

ingatkah engkau ketika jemari IBU mengusap lembut kepalamu?…dan ingatkah engkau ketika air mata menetes dari mata IBUmu ketika ia melihatmu terbaring sakit?

sesekali jenguklah IBUmu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah, tempat kau dilahirkan

kembalilah memohon maaf pada IBU mu yang selalu rindu akan senyumanmu
simpanlah sejenak kesibukan-kesibukan duniawi yang selalu membuatmu lupa untuk pulang
segeralah jenguk IBUmu yang berdiri menantimu di depan pintu bahkan sampai malampun kian larut

jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang ketika IBU telah tiada…

tak ada lagi yang berdiri di depan pintu menyambut kita,

tak ada lagi senyuman indah…tanda bahagia

yang ada hanyalah kamar kosong tiada penghuninya

tak ada lagi yang menyiapkan sarapan pagi untukmu makan,

tak ada lagi yang rela merawatmu sampai larut malam ketika engkau sakit…

tak ada lagi dan tak kan ada lagi yang menitiskan air mata mendoakanmu disetiap hembusan nafasnya

kembalilah segera…peluklah IBU yang selalu menyayangimu…

ciumlah kaki IBU yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya
selalu berdoalah untuk kesehatannya dan rasakanlah pelukan cinta dan kasih sayangnya, jangan biarkan engkau menyesal di masa datang

kembalilah pada IBU yang selalu menyayangimu…

kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya…

“IBU…maafkan aku,

sampai kapanpun jasamu tak kan pernah mampu ku balas”


Kau Segalaanya

0 Pot Pet
Ia akan bersamamu
Selama angin berhembus
Ia akan selalu dihatimu
Ia hidup abadi
Rohnya selalu bersamamu
Dan jika matahari bersinar dilangit
Dan hujan memenuhi udara
Dan pelangi menerangi hatimu
KETAHUILAH IA ADA DISANA

IBU
kata yang paling indah yang terucap oleh bibir manusia adalah ibu
dan panggilan yang paling indah adalah ibuku
kata yang penuh harapan dan cinta
kata manis dan indah yang datang dari kedalaman lubuk hati

ibu adalah segalanyadia adalah penghibur kita dalam sedih
dia adalah sumber cinta, kebaikan, simpati, dan maaf
dia yang kehilangan ibu akan kehilangan sebuah jiwa murni yang selalu menjaga dan memberkati

seluruh isi semesta bicara dalam bahasa ibu
matahari adalah ibu bumi yang memberi makanan dan panasnya
dia tidak akan meninggalkan bumi sampai malam
menidurkannya dalam buaian ombak dan nyanyian burung-burung
dan sungai-sungaidan bumi adalah ibu pohon-pohon dan bunga-bunga
dan menumbuhkan, merawat, dan menyapihnya
pohon-pohon dan bunga-bunga menjadi ibu yang baik
bagi buah-buahan dan biji-bjiannya

dan ibu teladan segala eksistensi adalah jiwa abadi
penuh dengan cinta dan keindahan

kata ibu tersembunyi di dalam hati
dan ia akan keluar dari bibir di saat-saat sedih atau bahagia
bagaikan harum yang keluar dari lubuk bunga-bunga
dan merebak, tatkala terang atau mendung di udara

Laparnya...

0 Pot Pet
Huhuhu... kini aku masih bersendirian dibilik... LAPAR nya... nak makan tak ada member plak...
Sape yang nak teman ni. Biasanya aku bersama sahabat baik ku makan bersama2. Tapi ari ni beliau pulang ke kampung halaman... huhuh sape nak teman ni...perlukah aku biarkan lapar ni sampai kepagi...

Tambah Power ke?

1 Pot Pet
Makin lama aku duk depan lappy ni.. aku rasa sesuatu yang berbeza dari sebelum ni..Penglihatan aku makin teruk.. patut lah 2 3 hari ni aku rasa pedih jerk mata ni... kenapa yerk? seawalnya aku tidak berkaca mata... 3 tahun yang lepas aku mula silau2 sikit lah.. tu pun time dalam kelas je aku pakai... setahun yang lepas juga sakit kepala sering terjadi.. bila cek punya cek ingat kan migrain tapi doc kata power aku dah bertambah.. adoi tambah power lagi... bukan power rangers ek... heheheh... kedegilan sentiasa membelenggu diri yang sememang nya degil... doc kata bila mengadap laptop pastikan memakai alat keselamatan (cermin mata) wakakaka supaya ia dapat dikawal.. tapi sejak kebelakangn ni penglihatan ku makin merungsingkan walaupun sudah berkata mata bila di kelas dan mengadap laptop. Bila aku berkata mata, penglihatan ku tak seperti selalu... tulisan mulai mengembang dan berdouble... waduhhh teruk ni... ari isnin nak g cek lah mata...

Aku Kini Kembali Berblog

0 Pot Pet
"SALAM PAGI JUMAAT" adalah post aku yang pertama untuk bulan 8 kira-kira dah nak 3 bulan kot aku tak post apa2 kat blog cik selatan ni. hehehe....


Wahhh tetiba jerk ari ni aku rasa semangat nak post semua apa yang berlaku selama kira-kira 3 bulan yang lepas. bagus3x.. kalau sempat lah.

Hari ni 14 Ogos 2009, aku rasa dah berbulan2 aku tak update blog ni. Ari ni baru aku rasa lapang dn tenang untuk kembali berblog. Bukannya aku tak nak update tapi pelbagai masalah yang tak dapat dielakkan. Banyak betul dugaan aku, tak tahu nak cakap camne satu2 masalah menimpa. Sabar sabar ada hikmah disebalik setiap kejadian. huhuhu... we love blog..

Salam Pagi Jumaat

0 Pot Pet
Salam pagi jumaat...
Pejam celik pejam celik, menjelma sudah hari jumaat... terlalu singkat masa sekarang ni...rasa macam sekejap je... masa macam air kan masa ni, laju je pergi... Hari jumaat ada lah hari yang ditunggu2 kan bagi sesiapa yang bekerja, keesokkannya boleh merehatkan diri di rumah atau melakukan aktiviti2 indoor atau outdoor tanpa memikirkan hal dipejabat. Bagi yang bergelar student, ari jumaat selepas waktu kelas, ramai yang berpusu2 ke komuter untuk pulang ke kampung halaman masing-masing... tapi aku.... kini masih dibilik bersendirian bertemankan bunyi kicauan burung. Rumate tu biasalah busy je memanjang. Petang barulah nampak muka. Berbalik apa yang aku nak sampaikan mengenai hari HARI JUMAAT ialah....
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.