Bagai Tiada Penghuni

0 Pot Pet
Bilik C1-409 yang dihuni oleh 4 orang, tapi kalau sekali masuk macam sorang je yang duduk tak pun, langung macam tak ada penghuni... masing2 kalau dah dapat laptop biasalah orang sekeliling pun tak sedar akan kehadirannnya. Member2 aku n termasuk aku gak lah akan menghadap laptop berjam2 berbanding buku ilmiah selama......... tak boleh nak dibilang sebab langsung tak dibuka melainkan musim study week.Cik Mimi yang setia ngan room Putrajaya 1, termasuk lah Cik Amy (Virus dari cik mimi). Cik Lia yang suka gemar melayari laman web tentang kekeluargaan (baca cerpen kecurangan suami isteri) - untuk persediaan ke cik lia? Aku biasalah round2 kat blog orang, join room, pm kenalan baru, update blog, tengok email dan macam2 lagi. Biasalah kalau dah dapat laptop, tido kul 4 pagi pun tak pe kan Cik Mimi. Lagi2 time ni kat kolej tak ramai orang yang ambil short sem... wireless bukan main laju...
Penglipurlara: Kalo Cik Mimi mengadap laptop macam nak masuk sekali kepala dia dalam skrin tu.

Rumahku Syurgaku

0 Pot Pet
Hari ini sekembalinya aku semula ke tempat aku menimba ilmu setelah 3 hari 2 malam aku berada di rumahku. Bagaikan terdengar lagi suara sayu ibuku memanggil namaku. Ohhh rindunya nak balik JB lagi... kemungkinan semester pendek ini, aku mencatatkan rekod kekerapan paling tinggi aku balik ke rumah...


Penglipurlara: "Home sick"

Loss Idea

0 Pot Pet
Dah bape hari aku tak post blog ni

Aku tak tau lah nak post apa

Ilham tak datang lagi

Tunggu post aku seterusnya....


Penglipurlara: Penyakit malas telah melanda

Dikatakan Perkampungan

2 Pot Pet
Disebabkan kekurangan sumber kewangan dalam semester3 ini, kami sepakat untuk menyertai satu perkampungan yang mempunyai satu kelebihan yang bagus pada awalnya. Iaitu duduk kolej free...
"Betulkan niat adik2 semua untuk masuk perkampungan ini".
Itulah antara kata-kata dari kakak n abg2 senior dalam persatuan tersebut. Secara jujurnya, tujuan aku hanyalah untuk duduk free bila join perkampungan ni. Tapi bila niat kita salah, segala aktiviti yang dianjurkan, kita tidak akan dapat memberi komitmen yang bagus. Aku dan kawan2 cuma nak meluahkan perasaan apa yang terpendam jerk. Bilik yang boleh diduduki 2 orang, disuruh berkongsi seramai tujuh orang dan dapat pulak kat tingkat 4, tercunggap2 gak lah aku naik ngan angkat barang yang banyak. Peh....padat n mampat. Panas je hati, bukan seminggu dua perkampungan itu, tapi sebulan lebih dan aku plak amik short sem, tak kan nak duduk 7 orang kot. Fikir2 lah.... Malas lah aku nak mengulas panjang pasal perkampungan ini, nanti ada yang terasa... yang tak tahan tu satu balik aku, tujuh2 orang tu sepakat untuk menarikkkan diri dari menyertai perkampungan tersebut. So semalam kami datang kebilik persatuan tersebut secara baik dan hari ini kami keluar dengan cara baik. Kepada kakak2 n abang2 senior, kami semua mintak maaf kerana tak dapat meneruskan perkampungan ini dan terpaksa menarik diri. Kami tak dapat memberikan komitmen yang baik dalam perkampungan ini. Harap jalinan kekeluargaan yang diterapkan pada malam tadi, kami akan kekalkan dan membawa kemana kami berada. Malam ini nak pindah balik. Angkat barang satu hal. Kene bayar pun bayar lah.
Penglipurlara: Mengamalkan budaya senoriti iaitu melihat pada tingginya ilmu seseorang dalam persatuan tersebut. (x setuju)

Minta reply

0 Pot Pet
Aku terima lagi mesg...

" Azie, pls reply my mesg."

Apa yang aku nak buat sekarang? Adakah aku akan terus senyap dan terus menyepi...



Penglipurlara: Tiada jawapan...

Bondaku

0 Pot Pet
Mak, Ibu, Mama, Ummi dan sama waktu dengannya membawa erti kata yang sama. Aku dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Oleh itu kita sama2 renungkan adakah kita sudah membalas segala budi ibu kita. Panggilan "Mak" yang selalu aku bawa kemana2.


  • Mak...kaki sakit lah.

  • Mak...lapar.

  • Mak...nak baju tu.

  • Mak...iron kan baju.

  • Mak...basuhkan kasut sekolah

  • Mak...nak tu...

  • Mak...nak ni...

  • Ohhh...mak kau (melatah)
Mak, mak, mak, mak, mak segala mak...kenapa mak? kenapa kita tak buat sendiri tanpa menyusahkan mak kita? Ehmm aku akan cari mak dimana2 aku berada. Aku adalah anak perempuan tunggal dalam adik beradik, tetapi mak tak pernah nak memilih kasih antara adik2 ku... kasih sayangnya cukup adil... kadang2 pun aku nak rasa miliki semua kasih sayang ibu ku tanpa memberi sedikit kepada abang dan adik2 ku... tapi aku tahu... mereka semua juga anak2 mak... aku tau kalau aku balik umah, mak begitu gembira tanpa ditunjukkan pada wajahnya tapi masakannya sudah cukup melambangkan kegembiraan nya dan mengharapkan kepulangan ku...Aku lah tempat dia nak meluahkan rasa tentang penat lelahnya, kegembiraannya, kesedihan dan macam2 lagi... Sempena Hari Ibu ini ingin aku titipkan sedikit ucapan kepada bonda Nor Hayati Binti Miskon.

Kaulah ibuku yang ku rindu setiap detik dan waktu. Inginku ungkapkan rasa cintaku terhadapmu. Kau tak pernah jemu, mendidikku sejak dari kecil ku. Walaubagaimana pun, ku melayanmu, kaukan tetap membisu. Namun ku fahami perasaanmu. Amat ku kesali segala dosa yang ku lakukan…dan tak ku sedari mengalirnya air mataku…kerna mengenangkan segala pengorbananmu…

Ibu… Ibu…
Tuhan berkatilah perjalanan ibuku di duniamu…moga di panjangkan umur ibuku…agar bisa selalu… ku bertemu dengannya…
Tuhan, janganlah engkau cabut nyawaku dan nyawa kedua orang tuaku sebelum aku dapat membalas jasa-jasa yang telah mereka perbuat untukku, ampunilah mereka, sayangilah mereka, seperti layaknya mereka menyayangiku dimasa aku kecil.


Penglipurlara: Mak, sayang mak selalu...

Apa sebenarnya

0 Pot Pet
Kenapa ek ngan aku? Dalam kepenatan dari mengangkat barang ke stor, aku merehatkan badan. Tak lama selepas itu, satu mesg daripada phone nokia aku masuk. Aku baca dan aku letak semula bersebelahan ngan ku.... tiba2 call pulak masuk, aku tengok nama yang tertera... (^%&*$*!). Aku angkat dan aku cakap acu tak acu. Aku menjelaskan yang aku OK. Selesai berborak.. mesg kedua sampai, aku baca dan buat tak tau n then mesg ketiga kali nya masuk, aku baca dan terus angkat kaki pergi ke bilik kawan aku...

Stor

0 Pot Pet
Habis exam, pelajar menyibuk kan diri untuk mengemas barang untuk masuk ke stor. Disebabkan kelewatan aku untuk memasukkan barang2 ke stor, stor di paras aku telah penuh dan aku kena letak di paras atas.. Peh.. penat tak terkata...thanks my roomate, b'coz sudi membantu insan yang bersaiz kecil ini.


Penglipurlara: Lain kali jangan beli buku, pinjam dengan kawan jerk. hahahaha

Continue > Siapa?

1 Pot Pet
Aku berminat dengan tajuk post salah seorang blogger kita. Aku pun nak menyumbang idea dan pilihan aku tentang pemilihan pasangan hidup. Jom kita ikuti post ini....

Wajib, Sunat, Harus:

Asm : Bertudung
Cs : Kuat agamanya - Biar sibuk sekalipun, solat fardhu tetap terpelihara.

Asm : Sopan
Cs : Baik akhlaknya - Rasa hormatnya pada warga tua.

Asm : Sedikit agresif
Cs : Tegas mempertahankan maruah - Sebagai pelindung maruah seorang perempuan.

Asm : Lembut
Cs : Tenang wajah - Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Asm : Cantik
Cs : Terbatas Pergaulan - Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Asm : Penyayang
Cs : Bertanggungjawab - Rasa tanggungjawab untuk ibu bapa dan keluarganya.

Asm : Sedikit Manja - bukan gedik!
Cs : Amanah - Amanah dalam tugas yang diberi

Asm : Suka senyum dan ketawa
Cs : Pemurah ttp tdk boros - Bukanlah kedekut, tp tahu dalam m'belanjakan wang dgn bijaksana

Asm : Putih gebu
Cs : Tidak perlu putih gebu, walaupun gelap wajahnya, terpancar nur keimanan

Asm : Sayang saya!
Cs : Semestinya sayang aku gak.

Pilihan - kalau takda pon takpa

Asm : Berkaca mata
Cs : Tak memakai kaca mata. Biarlah dia sihat penglihatan.

Asm : Kerja kerajaan - cikgu diutamakan!
Cs : Ada company sendiri - terjamin masa depan isteri n anak-anak

Asm : Tidak gemuk, tidak terlalu kurus
Cs : Tak kesah asalkan sihat tubuh badan

Asm : Anak bongsu
Cs : Tak kesah anak keberapa asalkan lahir dari rahim ibu

Asm : Pandai masak, menjahit - lebih diutamakan
Cs : Minat tentang automotif - kalau kereta rosak, tak payah hantar bengkel


Penglipurlara : Yang penting restu ibu bapa...

Tak Habis Baca Lagi

0 Pot Pet
Tetiba je anak mata aku rasa macam tertarik je kat satu benda diatas meja study aku... Aku capai n aku lihat isi kandungan itu....Zulaika n Nik Azhan antara salah satu watak yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi emosi para pembaca. Setulus hati adalah tajuk novel yang dah lama aku beli dan sampai sekarang tak habis2 lagi aku baca sebab mood novel aku dah lama tak datang. So, buat masa ni aku tak teringin nak baca novel...
Tajuk : Setulus Hati
Penulis : Rozita Abd. Wahab
Penerbit : Alaf21
Harga : RM 18.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik dan Kekeluargaan
Sinopsis:
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak2, dia bangkit semula daripada kekecewaan semalam untuk meneruskan hidup.
Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah menyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya.
Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin...kerana hatinya benar-benar telah tertutupuntuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!
kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat disenangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Dimanakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya....
Penglipurlara: Cik Selatan penah dikecewakan dan mengecewakan orang. hahahah....

Labor Day

0 Pot Pet


Tamat bulan empat disusuli dengan bulan 5 dan permulaan tarikh yang ditunggu2 kan oleh orang2 yang bergelar pekerja. Kalau dulu aku teruskan bekerja sudah tentu aku nantikan tarikh ni gak.
Hari ini merupakan ‘Hari Pekerja’. Sudah pasti ramai yang bercuti dan pasti ramai yang bersiap sedia dengan aktiviti masing2. Kepada semua rakyat yang bercuti ‘ Selamat Bercuti’.. Manakala yang bekerja, tahniah dapat ‘Overtime ‘ tak dapat overtime jangan sedih kerana anda masih mempunyai kerja.. Yang bekerja sendiri, teruskan usaha anda mencari duit ..Suri rumahtangga dan ayah rumahtangga, selamat menjalankan kerja yang mulia..
Kenapa ye diadakan ‘Hari Pekerja’ ni? Adakah ianya semata-mata cuti? Aku sendiri tidak tahu apakah motifnya hari pekerja ini. Mungkin ianya diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada tenaga kerja. Mungkin hari ini patut dinilai oleh setiap anggota kerja sejauh mana sumbangan kamu kamu kepada negara. Adakah kamu kamu telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin? Entahlah kamu kamu pikirlah sendiri...Jadi aku ingin mengucapkan ‘ Selamat Hari Pekerja’.. Kepada yang tak bekerja tu cuba-cubalah mencari kerja.. Sekian..
Penglipurlara : Pelajar sambut hari Terbuka... Mak abah datang sekolah amik report card...