Selang Seminggu

0 Pot Pet
Kalau seminggu yang lalu, lahirlah insan yang bernama timangan cik selatan, tapi minggu ni dan hari ini, teman baik aku plak yang menyambut kelahiran ke 23 tahun iaitu Cik Lia. Kalau tak sambut macam tak kena pulak. Cik Lia macam dah tau2 je kita nak celebrate dia, bila ajak kuar makan, siap tanya nak pakai cantik-cantik ke tak? hahaha. Tasik Cempaka menjadi lokasi kami dengan bertemankan lampu hadapan kereta, betul-betul menganggu penglihatanku. Tapi celebrate tu dibuat awal pada 28hb kira-kira pukul 11pm atas sebab masing-masing ada hal. Aku ada exam, konon2 nak study... tapi balik kolej terus tido...nasib baik paper aku kul 3.30pm. Adalah masa aku nak study sikit. Cik Amy kita pulak dengan alasan nak balik kampung halaman. Yelah membawa hati yang luka... (baca post dibawah). Apa-apa pun Cik Selatan nak wish kat Cik Lia, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Tak lupa jugak orang-orang yang menyertai kami malam tadi Mira (roomate Cik Lia), Mr M yang menaja mkanan kami iaitu Dominos Pizza dan kek, Mr K yang sudi memeriahkan majlis kami. Terima kasih semua...

Cik selatan bersama bufday gurlz (Cik Lia)

Penglipurlara: Baru first time Cik Selatan makan Dominos Pizza

Something Wrong La Amy...

0 Pot Pet
Kalau salah sorang nak beli kasut, 3orang lagi mesti nak beli kasut (walaupun selipar kat pasar malam), kalau salah sorang nk beli baju, 3orang lagi mesti nak beli baju (nak baju yang sama jugak). Kalau salah sorang nak gunting rambut, 3orang lagi mesti nak gunting gak (fesyen yang sama). Kalau salah sorang nak g dating, tau pulak 3 orang ni tak nak kacau daun (duduk diam2 kat bilik). "NO RAHSIA-RAHSIA" adalah trademark kami... so tak ada rahsia yang boleh dirahsiakan antara kami, cuma sedikit personal kita yang tidak perlu untuk beritahu (privasi).


But..... Cik Amy kita ni, menjak 2 hari yang lepas lain dari yang lain la... kurang bercakap, tak ada gurau senda seperti selalu, tak nak tengok wayang sama2, nak ajak kuar pun, tu pun kena paksa...kurang senyuman diwajah Cik Amy (senyum paksa je tu amy).Kenapa ek Cik Amy? Kalau kami bertiga ada buat salah atau menyinggung perasaan Cik Amy, Cik Selatan mewakili Cik Mimi n Cik Lia memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku jari kaki. Kalau Cik Amy ada masalah, bagitau lah kami, cuba luahkan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati Cik Amy... kalau salah sorang tak ada, macam "something wrong lah".

So kepada Cik Amy... kalau baca post ni, kami berharap Cik Amy luahkan apa yang terbeban dibenak di Cik Amy. Wajah Cik Amy kini menjadi seribu pertanyaan yang masih tak dapat dirungkaikan.
Penglipurlara: Cik Selatan nak nyanyikan lagu sahabat dari Peterpan untuk Cik Amy

Cinta Tak Semestinya Memiliki

0 Pot Pet
Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.



Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.


Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.


Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.


Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…


Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….


Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.


Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…


Tapi…


Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanya. Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
Penglipurlara : Dimanakah Cinta Cik Selatan?

Yang Menjadi Misteri

1 Pot Pet

Kecelaruan Jiwa Yang Kacau Bilau

akusimisteri.blogspot.com memang satu blog tidak kurang juga menariknya. Kalau korang baca mesti korang nk tau sape blogger nya... dia seorang yang dikatakan misteri sesuai dengan nama blognya...aku dah buat satu kajian dari kawan aku juga... beliau hanya round-round kat blog aku, n secara tak sengaja beliau ternampak akusimisteri sebagai followers aku... beliau menekan link dan round-round plak di blog akusimisteri... baca punya baca, beliau begitu berminat untuk mengetahui akusimisteri dengan lebih lanjut tentang kehidupannya yang misteri itu.(misteri ke?)
So aku mengajak korang untuk round-round lah di blog "akusimisteri.blogspot.com" dan sekaligus simisteri boleh menambahkan kenalan. Rungkaikan apa yang misteri itu.
Penglipurlara: "Tiada yang misteri selain Misteri Nusantara"

Cukup sudah

0 Pot Pet
Dari celik mata (7.15pg) hingga aku rasa ngantuk semula (1.03 pm), 3 post aku dah sent... tapi keje2 aku yang lain2 still terbengkalai... gara2 kamu (blog). Baju2 aku tak berbilas lagi kat toilet, katil ku yang tak berkemas... selimut tak lipat, bantal satu dibahagian kepala katil lagi satu kat kaki katil. korang pk lah macamana keadaannya, wawawawa. Garfiel (yang aku peluk ketika tido)yang berada dibawah katil, langsir n tingkap pun aku tak buka la, lampu bilik still on lagi walaupun matahari dah terpacak (saje membazirkan elektrik), aku bayarlah nak duduk kolej ni. So aku rasa cukup untuk hari ini. Adios amigos....
Fahami lah kata-kata ini dan renung-renungkan bersama...

  • Tiada manusia yang berjaya dalam usaha yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
Penglipurlara: Tak suka bilik bersepah-sepah

Majoring

0 Pot Pet
Seperti yang korang tau, kini aku masih bergelar student. Aku memang minat dalam business. Semenjak aku dari tingkatan 4 di sek teknik (sek.men teknik perdagangan), aku pelajar dalam jurusan pengurusan perniagaan (4 & 5 Prima), n aku continue form 6 dalam aliran sastera-Ekonomi (sek. men. keb tasik utara) , n disebabkan aku lebih berminat untuk continue kat poly, aku ditawarkan dalam jurusan diploma kewangan dan perbankan (PUO) dan disebabkan ilmu aku masih tidak mencukupi untuk aku membuka perniagaan sendiri aku continue lagi kat UKM dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan, tapi tak tahu lagi dalam majoring apa! sehinggalah keluar borang untuk pilih majoring untuk tahun 2.
Ada banyak majoring yang ditawarkan tapi hanya 3 pilihan sahaja yang dibenarkan.

  • Pengurusan Organisasi - Pilihan 1

  • Pengurusan Sumber Manusia - Pilihan 2

  • Pemasaran

  • Perniagaan Antarabangsa

  • Pengurusan Risiko dan Insurans

  • Kewangan dan Perbankan

  • Keusahawanan - Pilihan 3
Yang diwarnakan adalah pilihan 1,2 dan 3. Bila kuar jerk keputusan majoring, aku buka laman web (www. ukm.my/smpweb). Rupanya pilihan 3 aku yang tertera... huhuhu kenapa aku tak dapat pilihan pertama tu. Geng2 aku dapat majoring yang sama, dah pilih sama2, kalau masing2 dapat lain2 heranlah jugak. Tak puas hatilah macam ni, macamana tah pihak berwajib menilai. Budak-budak semua tak puashati ngan majoring yang ditawarkan. Aku nak buat rayuan, aku nak majoring Pengurusan Organisasi. Kalau tak dapat.. aku pasrah je ngan majoring keusahawanan tu. Maybe ia salah satu langkah untuk merealisasikan impian aku.
Penglipurlara: Terima kamu seadanya!

Mari berjoging

2 Pot Pet
Sudah lama aku tak lakukan aktiviti ini, banyak faedah yang boleh kita perolehi. Tasik cempaka adalah tempat sesuai untuk aku lakukan aktiviti ini. Opss... jgn salah anggap yang aku lakukan aktiviti laghah. Cuma mentaliti rakyat malaysia je yang menghalang aktiviti ini daripada dilakukan, seperti ahh layan tido lagi best dari memenatkan badan lari sana lari sini...ahhh penatlah baru balik keje, arhhh tak ada masa lah...
Tapi adakah anda semua tahu, bersenam dapat :

  • Penambahbaikan kekuatan dan daya tahan otot

  • Penambahbaikan ketegangan otot dan postur badan

  • Membina tulang yang sihat

  • Penambahbaikan kelenturan sendi

  • Pengekalan mengawal berat badan

  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar.

  • Mengurangkan tahap kebimbangan dan stres

  • Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera
Kepada para lelaki diluar sana, bersenam adalah baik untuk perut2 anda, jgn bagi ia terus membuncit. Bagi para wanita, bersenam bagus untuk menjaga badan untuk sentiasa maintain dan slim. Kalau pandang cermin rasa struktur badan anda kurang cantik silalah rajin2 bersenam.

Penglipurlara: Kalau nampak mamat hensom ngah berjoging, say "Hai" n tunjukkan kita juga sedang berjoging.


Bila ada orang...

0 Pot Pet
Kenapa bila ada orang sayang, cinta, setia, jujur, sanggup lakukan apa sahaja untuk kita, kita tolak dia terang-terang....
Kenapa bila ada orang yang kita suka, kita cintakan dia, nak setia ngan dia, nak jujur dengan dia kenapa dia tak boleh terima itu semua....
Penglipurlara: Orang yang menyayangi kita lebih baik daripada kita menyayangi orang itu

Dua Puluh Tiga Tahun

1 Pot Pet


Ari ini aku genap 23 tahun. Merupakan hari ulang tahun kelahiran bagi diriku yang bergelar muslimah. Wahh makin dewasa n matang aku ya... Aku bersyukur kepada Mu kerana memberi kesempatan untuk bernafas dibumi mu sehingga hari ini. Aku berterima kasih kepada kedua ibubapaku yang tidak putus berdoa atas kesejahteraan dan kejayaan ku. Mereka adalah segalanya. Tanpa mereka, aku tidak akan berada disini. Aku sayang mereka. Big bro aku yang berada di miri, sarawak juga tak lupa mengucapkan selamat ulang tahun kepada adik kesayanganmu ini... adik-adik ku (ayen, ayet, eidY) terima kasih. Tak lupa jugak sahabat-sahabat aku, inginku sebut nama mereka mimi, lia, amy, mira, ekin n najmi thank a lotz because korang la yang sentiasa berada disamping ku ketika aku menyambut ulangtahun tanpa family disisi. thanks sekali lagi atas kek, air pepsi, strawberry n buat suprise for me tepat jam 12.15 pagi n pada my roomate thanks untuk kad yang cantik itu.
Ini lah mesg yang aku terima dari kedua ibubapa ku n adik2 pada 07:21 pagi:
"Aslmkm. Happy Birthday... mak abah dan semua mengucapkan selamat hari jadi, semoga lebih sehat dan lebih brjaya. selamat exam....."


Penglipurlara: Tahun depan masuk 24 tahun, bila nak kawin ni...

First paper...

0 Pot Pet
Sebaik melangkah masuk ke bilik D2-110, pertama sekali yang aku cari adalah laptop kesayanganku... ohhh ada dibawah katil ku...sorry honey tak sepatutnya aku letak dibawah...malam tadi aku tak larat sangat kerana seharian n semalaman aku berjaga untuk menelaah subjek OB (Organization Behavior). Alhamdulillah, sudah selamat aku menjawab first paper. Berdebar-debar gak lah pagi tadi masa nak masuk dewan (Dewan Gemilang). Mata aku berkeliaran mencari meja bernombor 598. Gembira hati aku bila lihat soalan yang aku jangka memang betul2 kuar. wahhh tanpa segan silu aku menjawab soalan dengan bangganya. hahhahaha... Setelah 100 soalan aku jawab, aku semak beberapa kali dan stelah berpuashati aku terus keluar. wah setengah jam awal aku kuar...

Penglipurlara: Jangan lupa berdoa kepada-Nya... dia yang memberi kesenangan dalam menjawab exam

Cerita sebuah diner

0 Pot Pet
24 mac 09 merupakan diner kolej aku, dengan bertemakan batik, aku terus mengeluh... ye lah apa taknya ... dah menjadi biasalah dengan tema batik. balik2 batik... pakai kain batik bukan susah. sememangnya aku selalu pakai kain batik (perempuan melayu terakhir). Cuba cari tema yang best sikit macam bollywood ke hollywood, herry porter ke dan sewaktu dengannya.ada yang sanggup pegi masjid india semata2 untuk cari kain bercorak batik untuk menghadiri makan malam kolej. Aku seperti biasa membuka almari untuk mencari koleksi baju2 kurung aku (batik).Aku turut menghadirikan diri ke diner itu bersama teman2ku lia n mimi...


Penglipurlara: kalau aku jadi ahli jaksa dengan kuasa aku nak buat tema "holloween"

My Note +=%*^$

0 Pot Pet
Ini lah antara salah satu note yang aku buat menjelang exam. Aku lebih suka menggunakan pen merah supaya lebih menarik untuk aku baca.


Penglipurlara: Satu langkah untuk menjadi pelajar yang cemerlang


hye kamu...

0 Pot Pet
2.35pg aku baru selesai borak ngan "ekekekekek" selama 1 jam. Sememangnya itulah trademark bagi kamu..entah apa2 jerk yang aku borak ngan kamu, kamu pun satu dalam keadaan mamai. Hahahahaha aku dengan sengajanya menggangu tido kamu krn sebelum ni kamu yang menggangu tido aku. Aku suruh tido tapi masih lagi nak borak... huhuhu... semua perkara aku borak, dari cerita hantu, personal, jubah, jeans, duniawi sampailah akhiratwi dan mcm2 lagi..

Penglipurlara: "kamu... baik2 tido, jgn berdengkur kuat sangat"

Kawan-kawan ku

0 Pot Pet
Setiap org ada kawan, sahabat, teman dll n sewaktu dengannya. so, aku pun ada mereka. Mereka adalah segalanya, teman makan, tido, gelak, suka, duka, gaduh, jalan2, enjoy, pendek kata semua dengan mereka... cuma 2 minggu ni je aku jarang jumpa mereka, ye lah masing2 duk memerap kat bilik, biasalah study nak exam. aku rindu kat korang... untuk gelak sama2. tak pe lah demi matlamat kita, kita korbankan sedikit masa untuk diri kita sendiri. lepas exam kita enjoy! huhuhu

ni la mereka lia, mimi n amy....



penglipur lara: kamu tetap dihati ku...

Introduce Myself...

0 Pot Pet
Hello, my name is Nor Azimah Binti Anis. I was born on 22 April 1986. I live in Johor Bahru, Johor. I have a strict father and a caring mother. I have 5 siblings which are four boys and one girl. I am the second child in my family.
I am one of the first year students at the Faculty of Business and Economic in UKM. I am studying business. I stay at Kolej Pendeta Za’ba at UKM.

My favourite food is Tomyam and my favourite drink is Watermelon juice.
My hobby is reading. Reading helps you to know the world in a better way.
I like to travel. Pangkor Island is my favourite place in my heart, because it is a beautiful island. Pangkor Island looks so natural and it is so peaceful. It was hard to imagine that we are at such a wonderful place.
My mother has been my idol since I was young. She is a gentle woman. Why my mother is my idol? It’s because she does everything well and I think she is very clever. When I have something I cannot handle myself, she is always by my side and helps me. Although my mother is not a popular star or famous model, she will be my idol forever and ever.
My father also plays a big role in my family. My father is my life. He has been supporting through the hard and good times. And believe me raising one girl was not easy. I never met a man so caring and generous like my dad.
My future plan is I want to open a restaurant because I want to have my own business. By opening the restaurant, I can apply what I have studied at UKM.


Penglipurlara: thanks for everything. expecially my mom n dad. miss u alwaysss muaahhhh....

My First Blog

0 Pot Pet
Jam dah pukul 12.48pagi. Aku masih tak dapat melelapkan mata... aku masih lagi menghadap skirn laptop sambil menaip blog yang pertama kalinya dalam hidup aku... walaupun tak secanggih macam orang lain... biasalah budak baru nak belajar. Tetapi keinginan untuk berblog terus membuak2.
Banyak sangat benda yang aku fikirkan... ngan toturial makroekonomi, subjek law, foundation, arghhh banyaknya...apa pun ni lah kehidupan seorang student.. Terpulang kat kita samada pandai menguruskan atau tidak.
Exam pun tak lama lagi, kena study dari sekarang.. Kurangkan berjalan....jgn banyak berkhayal...banyak kan study... capai matlamat untuk semester ni... cayok..cayok... u can do it...
Penglipur lara : pointer 3.20 adalah matlamat ku untuk sem ni.